Allahu Ya Rabbi

Sunday, December 18, 2011

Bagaimanakah... aku?

بسم اللة الرحمن الرحيم
السلام عليكم

COMEL BUDAK NI!!

Apa yang dilalui dalam tempoh 3 bulan tinggal di bumi mesir ni,banyak yang telah mengubah hidup dan tanggapan aku. Alhamdulillah,syukur pada ALLAHyang mengasihi setiap hambanya.Moga aku diantaranya.Hidup yang macam mana dan tanggapan apa yang telah berubah? Allah saja yang tahu..apa yang penting! itu adalah penghijarahan yang baik! insya allah! Walaupun sedikit,namun ia adalah satu titik permulaan. Yah,bermulalah!!!

Untuk Post kali ini, ingin aku kongsikan apa yang menjadikan aku lebih kuat dan bersemangat! walaupun hakikatnya ada je hari-hari yang...emm,tak ape lah!! hehe.Dipendekkan cerita, setiap hari aku ke kuliyyah,aku akan menaiki sebuah tremco(van),tambang murah saja 1جنيهة
bersamaan 50sen je.Setiap hari jugalah aku melihat pelbagai ragam orang-orang disini. Ada yang peramah,ada yang saaaaangatlah baik hati,ada yang ego (minta tolong buka pintu pon,x nak! kesian aku kena marah oleh amu tu pasal  lambat buka pintu) ada yang mendoakan kajayaan,ada yang garang..(emm,mungkin hati dia sebenarnye baik) macam-macam lah.Tapi ada satu masa tu, rasa macam bertuah je dapat melihat situasi ni.Sebab melihat situasi nilah aku menjadi yang lebih kuat dan lebih yakin!

Kisahnye...
Ada seorang lelaki yang berumur dalam 20 an kot...Mulanya dari jauh kelihatan sedang melambai-lambai kearah tremco yang sedang aku naiki.Kemudian  masuk lah dia dan memilih tempat duduk dihadapan aku...aku lihat,mulutnya terkumat kamit seperti berbisik sesuatu. Sampai satu saat, mulutnya berhenti dan mukanya berkerut.Kemudian, dia membuka beg sandangnya seperti ingin mengambil sesuatu.

ALLAH..
Betapa bagusnya pemuda ini,kata hatiku.AL-QURAN yang dipegangnya.Lalu aku terfikir...
alangkah bagusnya jikalau pemuda-pemudi tak kira perempuan atau lelaki..tua atau muda..sentiasa membawa mushaf Quran nur karim itu kemana sahaja.Membacanya  walau di mana sahaja.Lalu aku merenung jauh..memikirkan diriku ini...Terasa seperti hari2 yang aku lalui masih tidak cukup untuk aku gunakan kearah yang sebaiknya.Mungkin selepas ini aku bisa mencontohinya..

_______________________________________________

WHAT NEXT??

________________________________________________


oLEh kerana sekarang musim sejuk..
ramai je pelajar yang memakai baju sejuk.. macam² fashion..hehe semua cantik². Bila dah masuk musim sejuk ni,banyak sangat benda nak kena beli.. kesian pula kat mak..terpaksa bankin kan duit lebih sikit..x pe lah~
bila dah sejuk~sejuk sangat~ kalo boleh x nak gerak langsung bila dah berbungkuskan saratoga! Memang best! tidooooo jak! kalau boleh sampai bengkak mata..ish3!
oleh kerana komitmen dan semangat yang masih membara..semua itu dpt dibendung! Dengan kehadiran teman² disisi..ALHAMDULILLAH!
tapi, lama-kelamaan..
situasi semakin berubah dan semakin menjadi-jadi.. Ada saje kawan yang sakit..lepas sorang,sorang yang sakit..mungkin disebabkan cuaca yang mencabar! kesian kat kawan².Tak dapat nak datang ke kuliyyah..Alhamdulillah,aku masih sihat dan kuat!
Melihat keadaan ini,aku mula mencari ikhtiar untuk membantu teman² yang dilanda masalah kesihatan..dan aku mulai mencari sesuatu...dan kini aku ingin kongsikan pada semua...

******


Cara betul untuk kita mengamalkan madu lebah
1) meminum madu bersama-sama dengan segelas air yang suam-suam kuku.
2) Kemudian masukkan 2 sudu madu lebah dan kacau dengan sebati dan terus minum seperti biasa. Itulah cara yang paling elok dan baik.

----> madu lebah merupakan sebaik-baik ubat/penawar yang Allah anugerahkan kepada manusia.

info lagi!!!

---> Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
---> Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka
---> Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus
---> Madu lebah boleh dijadikan sebagai sumber tenaga

 


  

Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud; 

       "Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"

*******
semogadapat diamalkan dalam hidup seharian kita!!

________________________________________________________________

the end













                                      



Saturday, November 26, 2011

Perjalananku diteruskan...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمةوبركاته



Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..


Ya Allah,
Syukran kerna,
diri ini masih bisa bernafas dengan aman dan damai sekali. Bisa tersenyum melihat keindahan alam yang sangat indah  yang Kau ciptakan. Masih bisa berjalan dengan bebas sekali. Masih mampu mendengar hembusan angin dan kicauan burung yang berterbangan dan juga bisa merasakan kenikmatan yang engkau berikan. Allah, betapa MAHA PEMURAHNYA ENGKAU! 




Disini..
aku berada jauh dari keluarga.Menjalani kehidupan yang berbeza.Menjalani suasana yang sungguh berbeza.Tidak lagi melihat masyarakat yang sama. Sungguh,semuanya berbeza..

Allah,
betapa aku dihempap perasaan rindu yang tidak dapat aku gambarkan melalui kata-kataku.Merindui masakan ibu yang sentiasa menjadi kegemaran aku walaupun hanya nasi berlaukkan telur goreng sahaja. Merindui cubitan ibu yang sememangnya pedih dan berbekas pada kulit badanku.Merindui pelukan ibu ketika aku ingin tidur bersamanya.Mendengar kisah-kisah dan pengalaman ibu dahulu. Berkongsi masalah ibu dan kesedihan ibu.
~ADUHAI~
> kuatkah aku? <

Allah,
yang maha mengetahui setiap perkara yang terlintas di fikiran setiap hambanya..
Mampukah diri ini kuat dan mampu bertahan dengan setiap ujian yang Engkau berikan..Sekarang,jarang sudah ayahku memberi tazkirah tika diri ini punya masa dan ruang kosong. Tidak lagi kedengaran ayah menegurku dengan terguran yang  terus meresap kejiwaku sebagai anak perempuan merangkap anak sulung kepada adik-adikku bila masa aku menjalani tanggungjawab anak dan  sebagai hambaMU.Jarang sekali menerima nasihat dan sokongan  ayah yang membina dikala aku ditimpa kesusahan dan ujian dariMU.Aku sangat merindui saat-saat itu..

Allah,
yang maha   mendengar setiap rintihan hati hambaNYA..
pada masa diri ini bersama ahlilbait yang lain..
teringat daku pada adik-adik di sana..
waktu makan,waktu menonton tv,bermain game,berbual di ruang garaj bersama. Berkebun bersama. Menunaikan solat bersama. Mengaji bersama.Belajar bersama..membantu ayah dan ibu bersama..Keluar  ke kedai bersama..tegur dan nasihat menasihati bersama..saling memberi sokongan dan dorongan..mereka,HERO dihatiku. Alangkah  rindunya aku kala itu~



********

baru sahaja tadi aku selesai berUSRAH.Bersama rakan tersayang.
dalam pengisian itu, aku mulai sedar..setiap hamba ALLAH itu sudah punya jalan kehidupan masing2. Ujian mereka masing2. Qada'dan Qadarnya masing2.Rezekinya masing2 dan sebagainya.


********

JADI,
mengapakah aku mesti bersedih dan tidak kuat?
Jauh nya aku daripada keluarga itu bukanlah satu yang sia2. Jauhnya aku dicampakkan di bumi yang penuh barakah ini adalah untuk berjuang dan berjihad!
JIHAD FI SABILILLAH! 
setiap hari kau bangun dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk~
kemudian solat..membaca Al-quran, masak dan menguruskan diri untuk ke kuliyyah..setelah itu balik semula ke rumah. Rehat! Bersambung pula dengan kelas tahsin,khat,Nahu serta talaqqi. Berjalan kesana kemari.Semua itu..semua itu adalah demi mengaut segala ilmu untuk dibawa dan disebarkan di tanah kelahiran kelak! Jadi,apa lagi yang kau fikirkan wahai diri..anggaplah segala kerindauan yang semakin hari semakin menebal di lubuk hati itu sebagai salah satu ujian hidup yang sememangnya engkau lalui .Masih terlalu awal kau merasainya kerna ada waktu yang masih panjang untuk kau lalui sebenarnya.

"sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Maka apabila engkau telah selasai (daripada sesutau urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain).Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."
Surah Al-INSYIRAH,ayat 5-8.

 ~ insya allah..dengan doa yang dititipkan dari jauh,aku akan terus kuat mengharungi ujian hidup tanpa keluarga yang tersayang disisi.Allah pasti membantu hambanya yang ditimpa kesusahan hati dan sebagainya selagi aku bergantung harap pada Tuhan yang satu,ALLAH!



Thursday, October 6, 2011

Tibanya aku di sini

بسم الله الر حمن الر حيم


Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurniaNYA..
diri ini masih bisa bernafas dan melihat keindahan ciptaanNYA.
Asyhadu Allah ila ha illallah.Wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
Tak dapat digambarkan melalui kata² mahupun lukisan..setiap detik yang Allah pinjamkan pada diri ini,sungguh bernilai dan berharga.
M.A.S.A kau takkan berulang.PASTI!!

Alhamdulillah, sekali lagi..
berada di dalam flight tika itu, adalah satu perkara yang membosankan! Tidur dan terus tidur!
Hmm, namun jika dipikirkan..ia bukanlah satu tempoh masa yang membosankan sekiranya andai punya diri ini pandai menggunakannya dengan perkara yang berfaedah.Ya Allah,betapa khilafnya aku...

pengalaman ketika berada di KUWAIT, adalah satu pengalaman yang sangat berlainan sekali. tidak sama dengan tempat² yang biasa aku lawati. Orangnya sahaja sudah berlainan. Inikan pula suasanya. PELIK? emmm,ya. agak pelik sedikit.

PENANTIAN adalah satu penyeksaan. benarkah?
mungkin...

tak keruan rasanya bila mendengar pengumuman sekejap lagi kapal akan mendarat.
tak keruan kah atau sudah tidak sabar? 
ya, tidak sabar rasanya melihat bumi ANBIYA dengan mata kepala sendiri.

kupejamkan mata...tajdid niat!

Egypt International Airport,Kaherah





Bermula lah langkahku sebagai seorang perantauan.Bercampur baur perasaan.Seperti nak menjerit. Arrrrrrrggghhh! (dalam hati)
pertama sekali pandangan ketika melihat keluar pemandangan KAHERAH,MESIR adalah
      ---->terlalu banyak kereta dan panas jugak cuacanya.

loading~



dari jauh,CAIRO AIRPORT








melihat dan terus melihat..tanpa berkelip! serius...tanpa berkelip.
hairan dan terus hairan..serius,dengan sehairannya.

~DINI NASUHA MARUF,ini lah bumi MESIR yang engkau idamkan dari dahulu.Maka sedarlah dan yakinlah,sememangnya anda sudah berpijak di bumi yang nyata.


suasana jalan rayanya



Beginilah MESIR, jalan raya nya sentiasa dipenuhi dengan pelbagai jenis kereta. SESAK... itu lah mesir. Bangunannya tidak ada perbezaan langsung. dari jauh kelihatan seperti kotak² coklat yang disusun rapi di setiap jalan. Subhanallah. Sungguh, sangat berbeza dengan MALAYSIA.Satu lagi perkara yang membuatkan diri ini terkejut adalah, tidak terdapat lampu isyarat di tepi² jalan. Semuanya manual belaka. Tahu² sendirilah...itu adalah cara mereka.

bangunan perumahan

Inilah, bangunan perumahan yang ada di sekitar kawasan rumah dimana tempat aku tinggal.
seawal pagi..memang lengang! semuanya masih sebok berdengkur. Kedai² buka pada jam 9 pagi.

pecaya atau tidak, aku dan kawan2 yang lain tidak dibenarkan mandi selama 3 hari. pada mulanya aku pelik tapi hakikatnya memang tidak boleh. sejuknya terlalu sejuk. panasnya terlalu panas. 3 hari pertama, kulit dan  wajah menjadi kering. kering yang teramat sangat. Kulit menjadi kering dan mengelupas.Tekak terasa perit. Hidung terasa sakit. Mungkin ini alahan dek perubahan cuaca yang amat ketara.

Senyum dan terus tersenyum. Alhamdulillah tak henti2 ku lafakan. Dalam diam bermuhasabah diri.

Sayang nya Allah pada aku..diberi kesempatan untuk merasai menjalani kehidupan berada di bumi MESIR. Manangis tau tak bila duduk sendirian melihat keadaan negara orang lain. Kalau di Malaysia hidup dengan aman, segar dan nyaman..tapi di sini...

aman tapi tak adelah senyaman suasana di Malaysia. Tapi, buat apa aku hendak membandingkannya lagi..sedangkan ini lah tempat yang akan aku duduki selama beberapa tahun  demi mengaut segala ilmu selagi mana diri ini punya kekuatan. 

`Ya Allah, sesungguhnya aku telah selamat datang ke bumi yang penuh dengan barakah ini. Mala dengan itu Ya Allah,dengan kekuasaanMU lindungilah aku dari segala mala petaka.Tunjukilah aku jalan kearah hijrah diri yang istiqomah. Luruskan niatku agar ia tidak terpesong dari tujuan utamau Ya Allah.'








***bersambung

Wednesday, September 21, 2011

Kongsikan..

بسم الله الر حمن الر حيم


SALAM ALAIK semua pembaca blogku,

First of all,asif aku mohon kerana..
Post kalli ini bukanlah rentetan daripada post aku yang sebelumnya.

Insya Allah, kelak akan aku post untuk sambungan kisah yang sterusnya.

em,
kali ni post aku berkenaan apa yang aku dapat dalam 2 ke tiga hari dalam minggu ni.
Dalam apa jua keadaan dan perbuatan aku pada hari ini,aku dapati terdapat bebarapa pegajaran buat aku insan yang lemah ini.

(1)Silaturrahim antara muslim.
    Berdasarkan apa yang aku baca,ikatan silaturrahim ni memang senang untuk kita jalinkan.
    Namun,untuk menjadikan ia ukhwah lillahi taala amatlah sukar. Zaman sekarang, ada 
    kawan jual kawan sendiri.Patut ke? Memang tak patut! Ada je sebenarnye helah die nak
    mempergunakan kita.Ukhwah lillahitaala itu adalah hubungan seseorang dengan orang 
    yang lain kerana Allah.Susah senang kita bersama~

(2)Tindakan awal terhadap sesuatu.
    at least,dah tau byk benda nak beli..spatutnya beli lah awal2.bukan di saat akhir!
    nasib baik dapat pi K.K harini. Kasut oh kasut~ penat mencari rupanya engkau di CP.
    Dalam sibuk mencari...sepat lagi.

                               Hush Pupies,Center Point,Kota Kinabalu,Sabah.

(3)Utamakan keselesaan.
    Actualy nak beli kasut yang murah sikit dan selesa.Tapi agak2 la..
    Nak kasut yang selesa mana la ada yang murah2.
    Mama dah bagi lampu hijau, soal harga jangan fikir. Sekarang ikt keselesaan.Tapi
    kesian jugak kat mama.Macam banyak da duit dihabiskan untuk membeli keperluan aku.
    Setelah beberapa kasut telah dicuba, akhirnya....dapat juga kasut yang sungguh selesa.




~hope ieya enjoy!
 only diz pic i can take!




Wednesday, September 14, 2011

tersentuh..



float restaurant,kudat SABAH

Bismillahirrohmanirrohim
Aku! Aku! Aku rindu memori itu.. Arrrgh! kenapa masa begitu pantas?? Huh, wahai empunya diri(aku) agak² la masa nak tunggu! tak da maknanya! Nonsense! Hey,hey,hey! Wussup? Cer skit!

EM, agak² la kan..yang bakal aku cer ni lebih kurang macam luahan hati seorang anak kot..masa yang tinggal beberapa hari ini,membuatkan hati sentiasa diserang penyakit rindu..ah,ini baru permulaan,belom lagi berlama-lamaan d sana!

~mode thingking....


hmmm, dupdap! dUpdap!
time is running deeni! watch out!




hmmm, sekarang ni sbnrnya time pikir² nak bawa apa pi sana..
tapi, arrrggh! terlampau banyak Vitamin M (malas)! why?ya tuhan..apa dah jadi...? member² yang lain smua dok mesej~
  
* pakai baju pe nanti?
* bawa beras brapa kg?
* barang elektronik pe ko bwa?
 ~risau jugak aq bila smua dok tanya mcm ni,aq langsung x buat g preparation! ( dlm ati kata,masih awal kowt!)


mengikut countdown aq nak fly...
em,( check calender dlm phone)
hah, ada lagi 8 hari...HAH?? 8 hari la sgt~
ya allah, tak sedo plak..think again..and again~
lagi dupdap..dupdap jantung aq! tak beshhhh~


whoah, perasaan ini! ketika ini! detik ini! saat ini!
sungguh,tidak aq duga begini perasaannya..


gembira+exited+sedih+rindu+tension+bluur = ?????


------------------------------------------------******---------------------------------------
duduk terdiam mengelamun rasanya
mata yang celik namun pandanganku hilang
berfikir akal memandu jiwa
sampai saat,airmata menitis
semakin lama semakin laju ia mengalir
sampai sedar pipiku basah
ku sapu ia dengan secepatnya..
ku sapu dengan satu perasaan 
benci benci aku benci!
benci dengan keadaan ini..
ku kumpul semangat sekuat kuatnya
ku tepis semua ajakan kelemahan
ku yakin tuhan pasti bersama
kerna ku pergi membawa harapan
harapan setinggi langit diatas
berharap aq, harap dengan sangat
ku pergi dan balik membawa senyuman
senyuman itu senyuman kejayaan..

---------------------------------------*****-----------------------------------------------




ok² betulkan mood..
ei,touching la pulak..


" KITA TAHU APA YANG KITA MAHU, KITA BUAT SELAGI KITA KUAT "




today's preparation
                                                               tomorrow's archivement,
there is one thing that you can't recycle ,
that is  wasted timetry hard enough,
you will make it



you wiil deeni!
buat teman2 yang bersama2 aq ke sana nanti..
kuat kan semangat! yeah!

Thursday, August 11, 2011

Alhamdulillah,bersyukurnya aku..

بسم الله الر حمن الر حيم

Syukur aku panjatkan pada Allah SWT kerana DIA telah memakbulkan doa aku selama ini.
Tidak aku dapat gambarkan betapa tingginya kasih Allah pada hambanya! BENARLAH,kata bapa,emak dan ustazah zaihan! Walau di manapun kita dicampak,kalau Allah kata KUN! maka terjadilah ia! Disini aku ingin kongsikan perasaan aku yang dimana,teman-teman sekalian boleh ambil pengajaran!

1. JANGAN berburuk sangka pada Allah apabila Dia tidak memakbulkan apa yang kita hajati!
2. JANGAN berputus asa selagi kita MASIH PUNYA MASA.
3.Sentiasalah kita yakin,bahawa Allah itu maha mendengar segala doa hambanya.
4.Rezeki yang Allah berikan itu kadang kala datang tidak disangka-sangka.


Alhamdulillah sekali lagi.Disini,bukan niat aku untuk menunjuk-nunjuk apa yang telah aku dapat tapi, bagi aku tidak salah kiranya untuk aku jadikan ia sebagai satu perkongsian yang membina. 

Alhamdulillah,apa yang aku impikan kini sudah aku capai! 
BUMI ANBIYA. ya,Insya allah pada bulan 9 ini,aku bersama teman2 yang lain akan melanjutkan pengajian di sana. Tidak sangka kan? Aku sendiri pun terkejut dengan berita ini.Berkali aku menampar pipi .Aduh,sakitnya terasa..AKU TIDAK BERMIMPI.INI ADALAH REALITI.

Wahai saudaraku sekalian,Janganlah sesekali kita berputus asa dan harapan.Percayalah,Allah itu MAHA MENDENGAR. Ini lah yang selalu aku lakukan.Walau dulunya aku sedar, impian utk aku melanjutkan pelajaran ke MESIR HANYALAH 20%,namun,aku tetap beroda dan berusaha . Dan ini adalah hasilnya.
Allah memakbulkan doaku.SYUKRAN YA ROBBI.

Akhir sekali, apa yang PATUT aku lakukan adalah, aku akan menggunakan peluang ini dengan sebaiknya kerana peluang ini datang  sekali. Aku bukannya tamak,tapi ini adalah rezeki yang Allah berikan padaku.Melalui peluang inilah, aku boleh mendalami ilmu agama dan seterusnya aku bisa mengenali dan melihat sendiri bumi anbiya yang penuh dengan barakah. 

~ mohon doa kalian,agar saya boleh memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya.


Friday, August 5, 2011

Hikmah disebaliknya...

بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ؤرحمة ؤبركاته

Sudah lama benar rasanya aku tidak mengupdatekan blog ni. Rasa cuak pula bila nak menaip dan mengarang..Aduhai! Tak apa yang penting aku tidak melupakannya.
Apa agaknya yang ingin aku kongsikan pada kalian?

Ya,kali ini aku sudah meneruskan pengajian aku di Kolej Universiti Islam Melaka. Kos, Diploma Syariah Islamiah. Alhamdulillah,syukur rasanya dapat meneruskan pengajian. =) 
Pada mulanya bukan disini tempat aku meneruskan pengajian...
Arghhh, hard to say
UNIVERSITI AL-AZHAR,MESIR <-------- ni tempat sebenarnya!
tempat yang selama ini aku impikan, dan sudah 90% aku capai! kemudian disaat akhir, ada ujian yang Allah berikan pada aku. Betapa sakitnya hati aku pada saat itu!! Tapi aku yakin seperti mana dalam surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6 "sesunggunhnya dalam kesusahan itu ada kesenangan dan sesungguhnya dalam kesenangan itu ada kesusahan!"

Orang kata,kita hanya mampu merancang,dan Allah adalah penentu segalanya..
!!! اصبر
itulah  jawapannya!!
dalam semua ujian yang aku dapat ni..dan akhirnya, Allah telah berikan yang lebih baik! 
Bila aku fikir² kan semula hikmah disebalik apa yang berlaku, sebenarnya Allah nak tunjukkan pada aku sesuatu! dan  SESUATU  itu hanya aku dan Allah saja yang tahu! =)

sudah!! sudah!! sudah!!

HApuskan air mata dan kesedihan...pergilah jauh sejauhnya..
KERANA : kos aku di KUIM ni, adalah kos yang akan dihantar ke JORDAN/MAGHRIBI/MADINAH untuk meneruskan ke peringkat ijazah sarjana muda!
alhamdulillah, jd..sekarang ni fokus aku adalah untuk mndapatkan pointer 3.5 keatas pada setiap sem! mohon doa kalian~

Dan, aku akan berjuang bersama teman² baru...
yang sememangnya satu kepala...hikhikhik



merekalah kawan² yang baik pada aku..yang slalau mendengar masalah aku d kuim tu.Alhamdulillah,syukur ALLAH anugerahkan sahabat seperti mereka.

NUR HAFIZAH MOHD ADAM
NUR SARIFAH ABD WAHAB
NURHAYATI MOHD YUSUF

anda semua terbaek!!! =)




Sunday, May 29, 2011

muhasabah cintaku..

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

untuk post kali ini,
saya ingin menyampaikan sebuah lagu,
buat anda semua yang merasakan  CINTA.


Mari kita menyanyikan nasyid dan hayati lirik lagu ini:

wahai..pemilik nyawaku
betapa lemah diriku ini
berat..ujian dariMU
ku pasrahkan semua padaMU
Tuhan..baruku sadar
indah nikmat sehari itu
tak pandai aku bersyukur
kini ku harapkan cintaMU
C/0
Kata² cinta terucap indah
mengalir berzikir di kidung do'a ku
sakit yang ku rasakan biar jadi penawar dosaku
butir² cinta air mataku
teringat semua yang KAU beri untukku
ampuni khilaf dan salah selama ini
ya illahi
muhasabah cintaku...

tuhan kuatkan aku
lindungiku dari putus asa
jika ku harus mati
pertemukan aku dengan MU

ulang c/o 2x


------------------------------------------------------------


alhamdulillah!
syukur..
sebenarnya,saya dah lama dengar lagu ni..
sikit² je dan tak pernah mendengar lagu ni sampai habis
setelah itu,
semalam saya search di youtube
barulah saya dapat mendengar lagu ini sehingga habis beserta lirik
saya tak tahu kenapa hati saya ni mudah tersentuh!
ADUH!!!
macam sakit..sangat hati saya!
tersentuh lah sangat!
air mata ni..habis kat lagu ni jak..
why? 
لماذا?
왜(wae)?
kenapa..?

bagi saya lagu ni sangat bagus..
kalo boleh..tiap² hari saya nak nyanyi lagu ni..
waktu malam...
sebab,tiap kali dengar..
mesti jiwa kewanitaan saya ni..bergetar!
AAaaww!
teringat dosa² yang saya lakukan...
walaupun  bukan dosa besar seperti
membunuh,berzina....
tapi dosa² kecil tu..
dah macam buih dilautan
tak terhitung banyak nya...
belum lagi part chorusnya
macam banjir air mata saya mengalir..
nak berhenti, lagi dia nak keluar!

buat ibonda tercinta...
ayahanda tersayang...
adik² yang di kasihi...
maaf! asif!
kalau pernah buat salah...
memang ada..mustahil tak ada..
kalau tak..napa diri ni nak nangis jer..part lagu ni..??
mak,baik sangat..
bila akak cakap...

saya:mak..akak pena kecikkan ati mak tak?
mak: eish,x penalah! kaka kan anak baik!

mak..mak cakap macam tu,nak jaga hati kakak kan?
mak,kaka nampak mak nangis + sedih bila kaka x dapat masuk maktab!
kaka tau mak nak sangat kaka masuk maktab kan..?
bila akak tanya mak ok ker?
mak saja jak cakap...mata mak gatal! masuk habuk..
mak,mak tau tak..bila kaka nampak mak nangis...
kaka naik atas..masuk bilik..
kaka pon nangis...
mak, kakak dapat pgi mesir..
kakak harap mak redha akan kepergian kaka mununtut ilmu disana nanti ye?
kaka,buktikan yang anak mak ni..boleh jadi seorang pendidik juga..
tapi mak..mak kena sabar ye..?
mak..kaka sayang mak!
sekarang ni pon..
masa kaka menaip blog ni..
kaka cry mak..
i'm crying right now!!
mak,i luv u!
muah...muah..muah...



ok..cukup la...
dah basah dah laptop ni..
kang rosak x sempat nak save..
hehehe

harap korang pun sayang..dan bermuhasabah cinta...

salam alaik!












Wednesday, May 18, 2011

dunno what i want to say?

Salam alaik!!

Dalam kesibukan saya yang hendak mnyambung  pelajaran..
dalam kekecewaan dan kesedihan impian yang belum tercapai..
dalam kegusaran dan ketakutan menunggu perhentian yang akan datang..
dalam kesungguhan dan peletakan harapan kepada tuhan...

saya hanya mampu bersabar..
entahla..tak tau apa yg akan berlaku pada saya akan datang..
dilema menjadi²..menguasai minda..
kadang² marah,sedih,gembira,keliru..menjadi satu!

pejam celik,pejam celik..sekarang dah bulan lima...
apa yang saya mampu buat sementara mnunggu keputusan mcm ni lah..
buat kengkawan yang selalu dok tnya saya..
inilah yang sebenarnya..hee~


(1) mcm besa jadi pembantu rumah yang sudah familiar d lakukan oleh gadis² ..
     cubalah tanya ngan kawan²..majoriti mesti akan say " jadi bibiklah,apa lagi..."
     tapi tahniah la,dengan kengkawan yang dapat cari job masa ni!
(2) kadang² kalo bosan sesangat lah...mesti surf internet...FB! FB! FB! eish,memang
      membosankan! tak de bende lain.. (mak yang slalu ckp mcm tu) kalo tak pon..
     test² power nak cuba buat resepi kuih yang ada d internet..cup cake,
     apam polkadot..resepi yg simple²..
(3) hahhaha,cabut rumput yang tak berapa sedap mata memandang..huh! rumput 
     asing..ditambahnya lagi keadaan landscape rumah yang memang dijaga rapi
     oleh orang tuaku..hee~ tak pagi..petang! mesti buat dalam seminggu..lantak la
     korang nak ketawa..ketawa² pon buat kerja jugak taw!
(4) oh,iya membaca! ni wajib ni !adalah tabiat yang saya gemar dari dahulu..
     majalah,surat kabar,buku² agama,novel..benda² ni semua saya layan...
     d rumah ni..siap ada rak buku yang memang d khaskan oleh dadyku..entah knapa
     lah bole byk sgt buku² d rumah ni..orang nye cuma 5..tapi buku² nya mengalah kan
     library di sekolah tadika..untuk tempoh 5 bulan ni saja  saya dah beli 
      - personaliti wanita yg disayangi allah dan rasul
      - bicara hati
      - andai kau jodohku
      - setengah syukur setengah sabar
      - bisikan syurga
      - eh! wat yu talking?
      - 7 hari mencintaiku
      - jangan panggil aku najiha
      - cinta tiada akhirnya & duri
      - M.A.I.D
      - Lafazkan kalimah cintamu







berhari² berlalu tidak dirasa..kini genaplah umur saya 18 tahun..
namun,nmpaknya..perangai saya masih kebudak-budakan!! iya ka? kenapa? nnti saya tnya diri sendiri..
hidup saya ni kadang kala membosankan...bole² juga berhari-hari bosan..apa ke tidak nya..adik² smua dok hostel...mak pi kerja,bapa..em sbuk dgn renovate rumah..
saya? kalo tak makan..minum,tgok tv,baca buku+novel..& surfing..
emm,jarang² adik² saya nak go home ! malas lah tu nak pack barang²..
bila mak + bapa rindu ngan dorang..hah,pi lah jalan melawat..saya apalagi..menyebok la ikut juga..jalan² makan angin...
bila jumpa boy alahai,sejuknya lah hati..hehe apa taknya..peribadi mcm ustaz! hee~ 
>> maaf boy,akak cakap macam ni!!
bila jumpa amin aduhai, macam² pe'elnya..SLUMBER smacam..siap bawa tabung buluh buatan sendiri kesana kemari..yang lucunya...masuk dlm keta..minta duit syiling...
>> sori amin,kaka kelucuan bah meninguk ko...hehe~

apapun kakak sebenarnya sayang sangat kat adik² kakak ni..semuanya hero d hati aka taw!! rindu pulak nak borak² ngan kamu d meja makan..asal lepas makan jer msti kita borak² kan..? kongsi² cita..rindulah!

buat boy,kkak doakan tahun ni ko dpt jawab spm dgn tenang skali..ya dik! hwaiting!
buat amin,jgn pikir form 4 ni holiday..


em..macam mata pun dah nak tutup dah ni..
rasanya ini sahaja la yang dapt d luahkan..
oh tidak!! luahan ka ini??

hehe..bosan..idea nak berkongsi tak ada buat masa ni,so ini jer yang terlintas dek aqal sekarang..maaf buat teman² yang selalu henggap d blog saya ni...hee~
tak apa..insya allah saya akan usaha berkongsi maklumat ataupun tazkirah yang terkini..
seh,wish me luck!

salam ukhwah,duluan dari saya...