Allahu Ya Rabbi

Friday, June 29, 2012

Tahrir !! aku datang ...

بسم الله الر حمن الر حيم

Hari ini tanggal 29 Jun 2012 merupakan salah satu tarikh yang aku senaraikan dalam tarikh² penting hidup aku.Tersenyum lebar !!!!!!
Tidak pernah terlintas dalam kotak fikiran aku untuk turun padang bersama puluhan juta rakyat mengkbarkan bendera dan bersorak
الله اكبر! الله اكبر ! الله اكبر !

Tidak aku sangka.. Inilah yang terjadi. Hari ini adalah satu pengalaman yang amat berharga kerana disinilah aku melihat dengan mata kepala aku sendiri suasana yang begitu bising,sesak,panas,dan kehausan!
Dasyat..! aku sedar aku tidak akan mampu berjalan selama 3 jam, tapi itulah hakikatnya.Sungguh terkejut. Maka aku membuat kesimpulan awal.. ini adalah rentetan daripada semangat yang di set kan dalam otak sejak aku mula berjalan kaki untuk ke sini.




seperti inilah kesesakannya !
maaf, nnti aku upload pic nya.. =)

Nak cerita kat sini, best jugak datang tahrir. Cipta pengalaman baru. Asalnya nak pegi sini masa keputusan rasmi PERDANA MENTERI MESIR, tapi dah ambik bas salah kan.. so tak dapatlah diteruskan perjalanan. Lagi² ramai yg tak bagi pegi sebenarnya.

Masa tengah berdiri di tengah² orang ramai ni.. panas kemain lagi! Serius badan melekit kot. Tapi x pe la.Semangkit kan, orang sabah cakap! Bila dah semangat, apa pun kita boleh redah kan? Kalau aku macam tu la. Mesti tertanya-tanya kan pegi tahrir tu buat apalah? menyusahkan diri ja. 
Eh, tak sebenarnya. Nak tgok Perdana Menteri M esir bagi ucapan la.. tapi agak kecewa.. Dr.Muhammad Mursy berucap dalam jam 5 petang. So, nak tak nak.. kena balik jugak. =(

Emmm, x pe... yang penting dah pegi tahrir.


untuk sahabiah aku yang balik Malaysia waktu ni...
------> jannah ,ain, anje, comot, soleha, kak yang, kak wani, kak mar, dina, bella  dan yuni..
            
msg 1 :  jangan jelos! hik3
msg 2 : syok, mmg terbaik lah! korang nnti balik sini smula boleh tgok vdeo kat mayah.. byk kot vdeo 
             dia ambik!

nnti akan aku upload gambar² yang sempat  d ambil tadi. k?


    





Monday, June 25, 2012

kegembiraan buat semua

الحمد لله ...الحمدلله...الحمدلله
Syukur padaMu Ya Rabb
Tidak dapat digambarkan melalui kata-kata mahupun lukisan. Kegembiraan yang teramat sangat  buat seluruh umat Islam yang mendambakan tampuk pimpinan Islam yang sebenar. Insya Allah ia terjadi!!
Sebagai warganegara angkat MESIR (konon nye la),aku amat berbangga kerana Dr.Muhammad Mursy yang menjadi Perdana Menteri di negara ini. Alhamdulillah~
Sujud syukur padaMu Ya Allah. Kini rakyat Mesir bisa mengukirkan senyuman seluas-luasnya seperti padang pasir yang ada di Mesir ni...!! hmm? mcm mana tu? Kiasan je lah! 
Insya Allah kheir.

Dr.Muhammad Mursy

Semalam, 24 Jun 2012 merupakan tarikh yang paling di ingati warganegara Mesir.
Berjuta-juta rakyat Mesir berpusu-pusu menghadirkan diri ke MEDAN TAHRIR semalam.Ya Allah, rasa macam jelous pun ada gak.. hahahah
sebab kenapa tau? sebabnye semalam aku dan 2 org lagi sahabat nak ke Medan Tahrir tu jugak sebenarnya. Heheheh Sungguh melucukan! Last²  tak jadi pegi jugak. Hahahahah
"Apapun juga, walau  tak dapat nak pegi ke medan tahrir tu.. tgok kat tv pon jadilah!"
******
Ni belom rakyat MESIR sendiri!!
try tgok kat youtube... 

sekian dari aku, yang turut bersyukur atas kemenangan ini!



Monday, June 18, 2012

Cuba jadi lebih tabah dan bersemangat!

بسم الله الرحمن الرحيم

Kaifa halukum?
Hal antum bikhoir?
Syukur, Alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk mengupdatekan blog. 
Setelah sekian lamanya...memang lama sungguh tak mengupdatekan blog.

Sebelum nak tulis lebih panjang lah kan,nak share 1 picture yang sangat cute.

comel!!!

طيب, cuba tengok tittle blog kali ni. Agak² semua dah boleh rasa post kali ni nak share pasal apa.

"Cuba jadi lebih tabah dan bersemangat!"

Ni lah satu ayat yang aku pegang dalam fatrah aku tengah bercuti sebelum masuk tahun baru. Boleh je jadi visi or misi sepanjang tahun but, lebih prefer untuk fatrah ni je kot! Bukan apa, aku rasa ayat ni je paling terkena kat aku. Aku je tak tau  lah orang lain. Kalau dulu aku dikatakan budak freshie, tapi sekrang tidak lagi. Serius??
Bila bangun, buka mata kelip² 3 hingga 5 kali, terus set kat minda :

 "Cuba jadi lebih kuat dan bersemangat hari ni!"

Pertamanya,aku kena bangun terus nak solat subuh. After tu terus nak buatlah sikit² ibadah sunat.
baca Al-Mathurat, wirid,  baca  surah² yang patut dan paling susah sekali nak istiqomah mengahafal 1 ayat 1 hari. Bukan nak tunjuk baik dan banyak buat amal ibadah, once dah duk kat bumi kinanah ni.. apa salahnya kita jadi lebih baik. Berubah ke arah yang lebih elok. Haqiqohnya dulu, masa dok Malaysia.. langsung tak pernah buat macam ni. After solat subuh, sambung tdoq balik.

MAK            : ei,bangun.buatlah apa² yang patut akak oi.ko tu dah la anak dara. bukan kecik lagi dah besar
                       dah pun. 
ANAKNYA : ok mak. 5 minit. 5 minit jak mak (sambil tapak tgn dilambai-lambai)

**dush!dush!dush!** (mak pukul badan guna bantal)

ANAKNYA : allahuakbar! nasib baik bantal.. jangan jak air ye mak.
MAK            : mak memang nak ambik air pun, tapi jauh sgt. bangun cepat! banggguuuun!

**bangun,duduk + kelip-kelip mata, buat2 dah nak bangun(stil berselimut)**
**mak keluar bilik**

ANAKNYA : yes! (sambil tersenyum lebar kebahagiaan,baring semula)

**3 minit ---> 5 minit **

ANAKNYA : makkkkkkkkk!! (sambil lap muka dengan blanket)
MAK            : segar dah muka kan? hmm bangun! 
ANAKNYA : ok! ok! awwwwww! sakit mak~
MAK            : gula-gula untuk pagi ni. (mak senyum)
ANAKNYA : ni bukan gula-gula mak. ni semut api!
MAK            : eh, salah cakap. semut api kasih sayang bah!

** bangun, dah terus keluar bilik sambik menggosok-gosok peha setelah dicubit)

Itu dulu, masa zaman muda² dulu. Sekarang aku dah jauh dah dari parent family semua. Mana dapat lagi dah nak buat mcm tu.لا بدّ  kena ubah jugak.Lagi2 anak perempuan. Dalam rumah sewa ni aku dok dengan 5 orang ahlilbait. Rumah kitorg (baitul kahfi) daiman riuh rendah kalau kelima-lima ahlinya ada. Tapi, bila musim cuti ni depa semua balik Malaysia tinggallah aku,mya dan solehah.Sunyi~ kalau cakap kuat sikit... dengar kot gema! heheh

Apsal kena tabah dan bersemangat??
1. aku nak balik Malaysia mak bapak x bagi.mak cakap kalau tiket flight 5 genih sekalipun, mak tak nak ko balik! dengar tu?? cari lagi kelas2 tambahan!! ok, mak yakin akak mesti boleh punya~
2. musim sekarang musim panas. agakla kan, musim oanas kat mesir macam mna. Memang dalam rumah pon berpeluh. apatah lagi kalau berjalan kaki di luar. lencun baju hah! 
3. pagi2 nak ke markas jam 7 pagi. ke asyir pulak tu. 5 jam kelas... hmmm. memang kena semangat! setiap hari selasa dan khamis.
4. bosan dok rumah,keluarlah g kelas pengajian kat azhar tu hah. tu pun kena ada semangat jugak. sebabnye peginye sorang². actually, tak best pegi pengajian sorang² ni. ramai² baru bersemangat! hmm, kalau dok tunggu kawan² nak pegi..alamatnya, tak pegi2 la ke pengajian. pagi petang malam.
5. tomtom diserang kutu. aku harus bersemangat mencari kutunya. nak bagi dia berselera semula nak makan. 

mengidam nak makan buah tarap!!

anyway,apepon kesusahan.. kena hadapi jugak. Sebab bukan kehidupan kalau tidak ada kesusahan.
BETUL TAK? lain manusia, lain ujian nye kan?

hopefully,korang pun sentiasa bersemangat! FIGHTING!! 
jangan bermalas-malasan! 
 sabar dengan apa yang kita hadapi. INGAT, sekali je hidup kat dunia. Nanti menyesal plak kan? 
peringatan untuk kita bersama KHUSUSNYA buat diri ini.
doakan saya terus bermujahadah ya..
syukran jazilan khairan kathira!! Moga Alah membalasnya semula pada anda2 semua.

ni doa boleh di amalkan! 

********
terima kasih (-____-)\/