Allahu Ya Rabbi

Saturday, November 26, 2011

Perjalananku diteruskan...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمةوبركاته



Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..


Ya Allah,
Syukran kerna,
diri ini masih bisa bernafas dengan aman dan damai sekali. Bisa tersenyum melihat keindahan alam yang sangat indah  yang Kau ciptakan. Masih bisa berjalan dengan bebas sekali. Masih mampu mendengar hembusan angin dan kicauan burung yang berterbangan dan juga bisa merasakan kenikmatan yang engkau berikan. Allah, betapa MAHA PEMURAHNYA ENGKAU! 




Disini..
aku berada jauh dari keluarga.Menjalani kehidupan yang berbeza.Menjalani suasana yang sungguh berbeza.Tidak lagi melihat masyarakat yang sama. Sungguh,semuanya berbeza..

Allah,
betapa aku dihempap perasaan rindu yang tidak dapat aku gambarkan melalui kata-kataku.Merindui masakan ibu yang sentiasa menjadi kegemaran aku walaupun hanya nasi berlaukkan telur goreng sahaja. Merindui cubitan ibu yang sememangnya pedih dan berbekas pada kulit badanku.Merindui pelukan ibu ketika aku ingin tidur bersamanya.Mendengar kisah-kisah dan pengalaman ibu dahulu. Berkongsi masalah ibu dan kesedihan ibu.
~ADUHAI~
> kuatkah aku? <

Allah,
yang maha mengetahui setiap perkara yang terlintas di fikiran setiap hambanya..
Mampukah diri ini kuat dan mampu bertahan dengan setiap ujian yang Engkau berikan..Sekarang,jarang sudah ayahku memberi tazkirah tika diri ini punya masa dan ruang kosong. Tidak lagi kedengaran ayah menegurku dengan terguran yang  terus meresap kejiwaku sebagai anak perempuan merangkap anak sulung kepada adik-adikku bila masa aku menjalani tanggungjawab anak dan  sebagai hambaMU.Jarang sekali menerima nasihat dan sokongan  ayah yang membina dikala aku ditimpa kesusahan dan ujian dariMU.Aku sangat merindui saat-saat itu..

Allah,
yang maha   mendengar setiap rintihan hati hambaNYA..
pada masa diri ini bersama ahlilbait yang lain..
teringat daku pada adik-adik di sana..
waktu makan,waktu menonton tv,bermain game,berbual di ruang garaj bersama. Berkebun bersama. Menunaikan solat bersama. Mengaji bersama.Belajar bersama..membantu ayah dan ibu bersama..Keluar  ke kedai bersama..tegur dan nasihat menasihati bersama..saling memberi sokongan dan dorongan..mereka,HERO dihatiku. Alangkah  rindunya aku kala itu~



********

baru sahaja tadi aku selesai berUSRAH.Bersama rakan tersayang.
dalam pengisian itu, aku mulai sedar..setiap hamba ALLAH itu sudah punya jalan kehidupan masing2. Ujian mereka masing2. Qada'dan Qadarnya masing2.Rezekinya masing2 dan sebagainya.


********

JADI,
mengapakah aku mesti bersedih dan tidak kuat?
Jauh nya aku daripada keluarga itu bukanlah satu yang sia2. Jauhnya aku dicampakkan di bumi yang penuh barakah ini adalah untuk berjuang dan berjihad!
JIHAD FI SABILILLAH! 
setiap hari kau bangun dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk~
kemudian solat..membaca Al-quran, masak dan menguruskan diri untuk ke kuliyyah..setelah itu balik semula ke rumah. Rehat! Bersambung pula dengan kelas tahsin,khat,Nahu serta talaqqi. Berjalan kesana kemari.Semua itu..semua itu adalah demi mengaut segala ilmu untuk dibawa dan disebarkan di tanah kelahiran kelak! Jadi,apa lagi yang kau fikirkan wahai diri..anggaplah segala kerindauan yang semakin hari semakin menebal di lubuk hati itu sebagai salah satu ujian hidup yang sememangnya engkau lalui .Masih terlalu awal kau merasainya kerna ada waktu yang masih panjang untuk kau lalui sebenarnya.

"sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Maka apabila engkau telah selasai (daripada sesutau urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain).Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."
Surah Al-INSYIRAH,ayat 5-8.

 ~ insya allah..dengan doa yang dititipkan dari jauh,aku akan terus kuat mengharungi ujian hidup tanpa keluarga yang tersayang disisi.Allah pasti membantu hambanya yang ditimpa kesusahan hati dan sebagainya selagi aku bergantung harap pada Tuhan yang satu,ALLAH!



No comments:

Post a Comment