Allahu Ya Rabbi

Thursday, August 11, 2011

Alhamdulillah,bersyukurnya aku..

بسم الله الر حمن الر حيم

Syukur aku panjatkan pada Allah SWT kerana DIA telah memakbulkan doa aku selama ini.
Tidak aku dapat gambarkan betapa tingginya kasih Allah pada hambanya! BENARLAH,kata bapa,emak dan ustazah zaihan! Walau di manapun kita dicampak,kalau Allah kata KUN! maka terjadilah ia! Disini aku ingin kongsikan perasaan aku yang dimana,teman-teman sekalian boleh ambil pengajaran!

1. JANGAN berburuk sangka pada Allah apabila Dia tidak memakbulkan apa yang kita hajati!
2. JANGAN berputus asa selagi kita MASIH PUNYA MASA.
3.Sentiasalah kita yakin,bahawa Allah itu maha mendengar segala doa hambanya.
4.Rezeki yang Allah berikan itu kadang kala datang tidak disangka-sangka.


Alhamdulillah sekali lagi.Disini,bukan niat aku untuk menunjuk-nunjuk apa yang telah aku dapat tapi, bagi aku tidak salah kiranya untuk aku jadikan ia sebagai satu perkongsian yang membina. 

Alhamdulillah,apa yang aku impikan kini sudah aku capai! 
BUMI ANBIYA. ya,Insya allah pada bulan 9 ini,aku bersama teman2 yang lain akan melanjutkan pengajian di sana. Tidak sangka kan? Aku sendiri pun terkejut dengan berita ini.Berkali aku menampar pipi .Aduh,sakitnya terasa..AKU TIDAK BERMIMPI.INI ADALAH REALITI.

Wahai saudaraku sekalian,Janganlah sesekali kita berputus asa dan harapan.Percayalah,Allah itu MAHA MENDENGAR. Ini lah yang selalu aku lakukan.Walau dulunya aku sedar, impian utk aku melanjutkan pelajaran ke MESIR HANYALAH 20%,namun,aku tetap beroda dan berusaha . Dan ini adalah hasilnya.
Allah memakbulkan doaku.SYUKRAN YA ROBBI.

Akhir sekali, apa yang PATUT aku lakukan adalah, aku akan menggunakan peluang ini dengan sebaiknya kerana peluang ini datang  sekali. Aku bukannya tamak,tapi ini adalah rezeki yang Allah berikan padaku.Melalui peluang inilah, aku boleh mendalami ilmu agama dan seterusnya aku bisa mengenali dan melihat sendiri bumi anbiya yang penuh dengan barakah. 

~ mohon doa kalian,agar saya boleh memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya.


Friday, August 5, 2011

Hikmah disebaliknya...

بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ؤرحمة ؤبركاته

Sudah lama benar rasanya aku tidak mengupdatekan blog ni. Rasa cuak pula bila nak menaip dan mengarang..Aduhai! Tak apa yang penting aku tidak melupakannya.
Apa agaknya yang ingin aku kongsikan pada kalian?

Ya,kali ini aku sudah meneruskan pengajian aku di Kolej Universiti Islam Melaka. Kos, Diploma Syariah Islamiah. Alhamdulillah,syukur rasanya dapat meneruskan pengajian. =) 
Pada mulanya bukan disini tempat aku meneruskan pengajian...
Arghhh, hard to say
UNIVERSITI AL-AZHAR,MESIR <-------- ni tempat sebenarnya!
tempat yang selama ini aku impikan, dan sudah 90% aku capai! kemudian disaat akhir, ada ujian yang Allah berikan pada aku. Betapa sakitnya hati aku pada saat itu!! Tapi aku yakin seperti mana dalam surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6 "sesunggunhnya dalam kesusahan itu ada kesenangan dan sesungguhnya dalam kesenangan itu ada kesusahan!"

Orang kata,kita hanya mampu merancang,dan Allah adalah penentu segalanya..
!!! اصبر
itulah  jawapannya!!
dalam semua ujian yang aku dapat ni..dan akhirnya, Allah telah berikan yang lebih baik! 
Bila aku fikir² kan semula hikmah disebalik apa yang berlaku, sebenarnya Allah nak tunjukkan pada aku sesuatu! dan  SESUATU  itu hanya aku dan Allah saja yang tahu! =)

sudah!! sudah!! sudah!!

HApuskan air mata dan kesedihan...pergilah jauh sejauhnya..
KERANA : kos aku di KUIM ni, adalah kos yang akan dihantar ke JORDAN/MAGHRIBI/MADINAH untuk meneruskan ke peringkat ijazah sarjana muda!
alhamdulillah, jd..sekarang ni fokus aku adalah untuk mndapatkan pointer 3.5 keatas pada setiap sem! mohon doa kalian~

Dan, aku akan berjuang bersama teman² baru...
yang sememangnya satu kepala...hikhikhik



merekalah kawan² yang baik pada aku..yang slalau mendengar masalah aku d kuim tu.Alhamdulillah,syukur ALLAH anugerahkan sahabat seperti mereka.

NUR HAFIZAH MOHD ADAM
NUR SARIFAH ABD WAHAB
NURHAYATI MOHD YUSUF

anda semua terbaek!!! =)