Allahu Ya Rabbi

Thursday, October 6, 2011

Tibanya aku di sini

بسم الله الر حمن الر حيم


Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurniaNYA..
diri ini masih bisa bernafas dan melihat keindahan ciptaanNYA.
Asyhadu Allah ila ha illallah.Wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
Tak dapat digambarkan melalui kata² mahupun lukisan..setiap detik yang Allah pinjamkan pada diri ini,sungguh bernilai dan berharga.
M.A.S.A kau takkan berulang.PASTI!!

Alhamdulillah, sekali lagi..
berada di dalam flight tika itu, adalah satu perkara yang membosankan! Tidur dan terus tidur!
Hmm, namun jika dipikirkan..ia bukanlah satu tempoh masa yang membosankan sekiranya andai punya diri ini pandai menggunakannya dengan perkara yang berfaedah.Ya Allah,betapa khilafnya aku...

pengalaman ketika berada di KUWAIT, adalah satu pengalaman yang sangat berlainan sekali. tidak sama dengan tempat² yang biasa aku lawati. Orangnya sahaja sudah berlainan. Inikan pula suasanya. PELIK? emmm,ya. agak pelik sedikit.

PENANTIAN adalah satu penyeksaan. benarkah?
mungkin...

tak keruan rasanya bila mendengar pengumuman sekejap lagi kapal akan mendarat.
tak keruan kah atau sudah tidak sabar? 
ya, tidak sabar rasanya melihat bumi ANBIYA dengan mata kepala sendiri.

kupejamkan mata...tajdid niat!

Egypt International Airport,Kaherah





Bermula lah langkahku sebagai seorang perantauan.Bercampur baur perasaan.Seperti nak menjerit. Arrrrrrrggghhh! (dalam hati)
pertama sekali pandangan ketika melihat keluar pemandangan KAHERAH,MESIR adalah
      ---->terlalu banyak kereta dan panas jugak cuacanya.

loading~



dari jauh,CAIRO AIRPORT








melihat dan terus melihat..tanpa berkelip! serius...tanpa berkelip.
hairan dan terus hairan..serius,dengan sehairannya.

~DINI NASUHA MARUF,ini lah bumi MESIR yang engkau idamkan dari dahulu.Maka sedarlah dan yakinlah,sememangnya anda sudah berpijak di bumi yang nyata.


suasana jalan rayanya



Beginilah MESIR, jalan raya nya sentiasa dipenuhi dengan pelbagai jenis kereta. SESAK... itu lah mesir. Bangunannya tidak ada perbezaan langsung. dari jauh kelihatan seperti kotak² coklat yang disusun rapi di setiap jalan. Subhanallah. Sungguh, sangat berbeza dengan MALAYSIA.Satu lagi perkara yang membuatkan diri ini terkejut adalah, tidak terdapat lampu isyarat di tepi² jalan. Semuanya manual belaka. Tahu² sendirilah...itu adalah cara mereka.

bangunan perumahan

Inilah, bangunan perumahan yang ada di sekitar kawasan rumah dimana tempat aku tinggal.
seawal pagi..memang lengang! semuanya masih sebok berdengkur. Kedai² buka pada jam 9 pagi.

pecaya atau tidak, aku dan kawan2 yang lain tidak dibenarkan mandi selama 3 hari. pada mulanya aku pelik tapi hakikatnya memang tidak boleh. sejuknya terlalu sejuk. panasnya terlalu panas. 3 hari pertama, kulit dan  wajah menjadi kering. kering yang teramat sangat. Kulit menjadi kering dan mengelupas.Tekak terasa perit. Hidung terasa sakit. Mungkin ini alahan dek perubahan cuaca yang amat ketara.

Senyum dan terus tersenyum. Alhamdulillah tak henti2 ku lafakan. Dalam diam bermuhasabah diri.

Sayang nya Allah pada aku..diberi kesempatan untuk merasai menjalani kehidupan berada di bumi MESIR. Manangis tau tak bila duduk sendirian melihat keadaan negara orang lain. Kalau di Malaysia hidup dengan aman, segar dan nyaman..tapi di sini...

aman tapi tak adelah senyaman suasana di Malaysia. Tapi, buat apa aku hendak membandingkannya lagi..sedangkan ini lah tempat yang akan aku duduki selama beberapa tahun  demi mengaut segala ilmu selagi mana diri ini punya kekuatan. 

`Ya Allah, sesungguhnya aku telah selamat datang ke bumi yang penuh dengan barakah ini. Mala dengan itu Ya Allah,dengan kekuasaanMU lindungilah aku dari segala mala petaka.Tunjukilah aku jalan kearah hijrah diri yang istiqomah. Luruskan niatku agar ia tidak terpesong dari tujuan utamau Ya Allah.'








***bersambung

No comments:

Post a Comment