Allahu Ya Rabbi

Wednesday, April 6, 2011

Aku terasa.....

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum..
Kepada antum semua yg mnjenguk blog saya..
moga dberi kekuatan iman yang teguh dlm mngharungi ujian dunia...




Perkongsian kali ini..saya tujukan khas buat sahabat2 ana..
dan semua remaja Islam yang masih waras aqalnya..
Yang sbenarnya  masih mncari identiti kita yang sebenar..


Sebelum tu..
hayati tazkirah ini..
bacalah dgn hati yang terbuka..






CINTA AKU PADA SI DIA



Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa..
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi
Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya...
Meskipun aku tahu
Baik buruknya...
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya...
Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku...syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya
Jadi...
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan
Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan
Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka...
Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan
Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan
Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah
Doaku...
Harapanku...
Pintaku dengan harap...
Harap dengan sangat...
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu...
Biar jodohku itu...
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu...
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu...
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan...
Ya Allah... Amin...

*******


Di saat aku menghayati tazkirah ini..
Pada rangkap ketiga aku sudah mengeluarkan air mata..
terasa sangat berdosa..
kerana secara jujurnya,waktu ini aku mnyimpan dan pendam rasa suka,minat mungkin cinta(kononla)  dengan seorang hamba allah!
walaupun dia tidak mengatahuinya..namun aku amat tetap terasa..!
terasa diri ini sungguh hina! hina di mata ALLAH..
Tidak cukupkah kasih sayang allah pada aku...??? keluargaku?? sahabat2ku??


membaca tazkirah ini..
aku mulai sedar..menyukai dan mencintai seseorang itu tidak salah!
tapi waktunya..tidak sesuai! 
dan mungkin caranya tidak baik...!


mulai saat ini,aku berjanji..akan ku jauhkan segala kemungkaran ini.. cintaku  hanya pada ALLAH yang menciptakan aku sebagai hambanya! belum puas lagi aku sujud padanya..belum puas aku menyukaiNYA.. mencintaiNYA..aku yakin,jodoh itu pasti akan datang! aku ingin mnjadi solehah kerana Allah telah mnjanjikannya..


"perempuan yg baik adalah untuk lelaki yang baik.."


adakah kalian juga seperti aku..??
juga mngeluarkan air mata??
marilah kita muhasabah diri kita..
tak ada cinta yang hakiki melainkan cinta ALLAH
Cintai pencipta yang menciptakan kita dahulu..
Cintai dia sesungguhnya..
BERUBAHLAH KEPADA INDIVIDU YANG LEBIH BAIK! DEMI DIRI SENDIRI!!


Wallahualam..yg baik itu dtgnya dari allah..yang buruk itu dr  diri saya sendiri!












agamaku,suci murni.





























Tuesday, April 5, 2011

Hanya sebagai perkongsian..

Assalamualaikum w.b.t
Salam ukhwah dan salam satu malaysia buat antum semua..yg sedang mmbaca apa yg tertulis d blog saya ni..


Alhamdulillah! hari ini..saya mau berkongsi kpd kalian semua pasal sesuatu..tak tau lah nak bg tau ni pasal apa..tapi saya tetap nak bg tau  jugak..baru sbntar tadi,saya buka fb..time tu saya buka fb halaqah iman. saya bacalah apa yg dikongsikan dc2. sedang tekun mmbaca..ada 1 org(lelaki)  add saya..tak bole lah bg tau sepa..yg penting adala..
so..saya pun aprove la..tak lama kmudian tu..dia chat dgn saya..

tgok kat profile..mcm da kahwin..tapi, yala..kat fb..bukan bole pcaya sgt..org yg masih kapel pon bole letak "married"..ni kan pula yg btol2 da kahwin..hati saya ckp..lantak la..sndri punya pasal masing2..

Macam besa..hamba allah ni bagi salam. dengan hati yg ikhlas saya pon balas.x puas ati ni..nak tau jgak saper..?? tgok balik profile dia..subhanallah..sedang studi d JORDAN(URDUN)..dlm hati ni,msti orang yg pandai ni. 


masa chat..dia tanya la..umur.So,bg tau 18.baru abiez SPM. kalo org ,selalu tanya pa mcm rezut? brapa? ..so dia pon mcm tu jgak..heran gak..tgok gaya chat,mcm org yg blom berkahwin bha. x pa,teruzkan jak la..
saya pon satu la..x puas ati jgak..masya allah...!tanyalah juga.. anta,umur brapa? tgok dah kahwin..msti dlm lingkungan 20an or 30 an..

jawabnya,baru 22 tahun! ya allah..baru 22 tahun? biar btol..x kan dah kahwin..ya la..saya tanya untuk kepastian.subhanalllah,btul dia sda berkhwin. 

kami berchat pasal pengajian(dia ambik bidang syariah d cna)..tiba2, saya tanya pasal perkhwinan dia.
katanya,dia berkahwin msa usianya 20 tahun.bgitu juga istrinya( mean sama umurlah!).mereka kahwin atas kehendak dirinya sndri.sbnrnya dia sda myimpan perasaannya msa d sekolah lagi ( org bilang cnta dr jauh jer..).Dengar crita dri dia sendiri..dia dan isterinya mndapat keputusan spm 12A.Subhanallah! pandai sungguh pasangan ini.mnurutnya lagi,sbnrnya dia d sekolah dulu tdkla terlalu pndai..tapi,oleh kerana isterinya itu seorang yg pndai..dia mngambil  semngat isterinya dan berusaha bersungguh2 .alhamdulillah..itula hasilnya.sesudah itu,barula dia berinikah..hebatkan..?

isterinya sekarang d maktab..dan dia pula d jordan. masing2 berjauhan...x ker rindu tue..hehe..dia kata..hari2 dia bertelefon dgn isterinya..tapi..selalunya isteri dia la....yg kol..haha..sungguh bahagia bila dgr cerita dari dia ni..(bercinta after narried la ni...syoknya!) dia kata...niat dia kahwin awal..supaya elak zina.tak kiralah zina apa sekalipun..tak ker senang tu..bila rindu..kol jer..senang hati lagi. Tambahan lagi, dia nasihat..perempuan ni bagus kalo jadi guru. nnti kalo dah bersuami ada masa nak layan suami dan keluarga..

andai kata lah..hamba allah ni tak kahwin lagi..x ker zina nama dia tuh..hamba allah ni cakap kira macam ni la

"kalo rindu,kol jer isteri"
"buat pa kol2 anak dara org..kalo blom kahwin! x manis!"

Subhanallah..x ker bes tu dpt suami mcm dia.moga allah mmbri kebahgian buat dia dn isteri..
sambungnya lagi..kalo wanita yg baik..akan dikurniakan lelaki yang baik..ingatlah jnji ALLAH!

jadi..pengajarannya di sini..

(1) kahwinlah,untuk mengelak zina
(2) kalo kita suka kat org tu..sebolehnya hnya allah jer yg tahu..sbb,Dia yg mntakdirkan segala..jodo d tgn Allah
(3) perempuan..carilah kerja yg bersesuaian!
(4) indahnya cnta..selepas kahwin..
(5) Allah akn kurniakan kita suami/isteri yg soleh/solehah..sekiranya kita juga soleh/solehah!

harap korang..boleh ambil iktibar dan pengajaran drpada perkongsian cerita saya ni..moga kalian d beri jodoh yang baik2..amiin! 
duluan dari saya,assalamualaikum


















agamaku,suci murni

Monday, April 4, 2011

Madah buat cintaku padaNYA..

Allah Ilahi Robbi
Pemberi nikmat, selimut hati
Allah Ilahi Robbi
Pemberi berkat, Maha pemberi
Allah Ilahi Robbi
Maha melihat, Maha mengetahui
Allah Ilahi Robbi
Pencipta akhirat dan dunia
Allah Ilahi Robbi
Pemberi semangat, dan Maha mengasihi
Allah Ilahi Robbi
Engkaulah tuhan yang aku yakini
Allah..
Allah..
Allah..
Maha suci Allah
Tuhan semesta alam..


~dipetik dari novel BISIKAN SYURGA

Friday, April 1, 2011

tazkirah!!

sifat yang menunjukkan kebodohan!




1) Marah tidak pada tempatnya

2) Bicara yang tidak berguna, kerana itu seorang yang berakal tidak berbicara kecuali jika penting dan berguna

3) Pemberian yang tidak pada tempatnya
Membuka rahsia kepada semua orang

4) Percaya kepada semua orang

5) Tidak membezakan antara kawan dan lawan kerana itu kita harus mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. Kawan untuk di taati dan musuh untuk di awasi dan musuh yang utama ialah syaitan, yang benar-benar harus di jauhi