Allahu Ya Rabbi

Tuesday, September 11, 2012

Sedarlah!

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah lama tak update blog.
Rasa kekok pulak nak taip ^^
Semalam baru bayar broadband,internet pon laju.Baru best nak update blog!

Dulu waktu kecik-kecik dulu,aku suka berangan dan bermimpi.
Sebelum tidur mesti berangan dulu,nak jumpa PRINCE FROG la, nak jadi macam THUMBELINA la, nak ada sebuah rumah yang dipenuhi dengan kek dan manisan,nak jadi CINDERELLA la,nak jadi kawan PHINOCIO la,nak peluk WINNIE THE POOH,nak jadi itu nak jadi ini. Ahh, semua pasal CARTOON NETWORK la ni. dah puas berangan.... baca doa,tidur(dalam hati harap-harap mimpi).

Alhamdulillah,
perangai tu tak sampai sekarang.Kalau tak,memang tak kemana la.
Itu angan dan mimpi yang melucukan diwaktu kecik.Sekarang aku rasa berangan tu kena tukar kepada berazam.Azam yang membina.

SERIUS,
dulu boleh la nak main ja.Sekarang jangan la nak main sangat.Main boleh jangan terlebih sudahla.
Sesedar aku la... hidup ini sangat singkat.Allah Allah Allah
Aku rasa macam tak cukup ja waktu untuk aku cari dan aku gali ilmu dalam-dalam. Kena ingat ilmu itu luas.Ilmu pengetahuan,ilmu kehidupan dan sebagainya. 



Sayyidina Ali Karramallah wajhah berkata:
 مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَهُمَا مَعاً فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ
Bermaksud:
“Sesiapa yang mahukan dunia maka dia perlu berilmu, Sesiapa yang mahukan akhirat, maka dia juga perlu berilmu, dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya maka dia perlu mencari ilmu”.

Jadi aku rasa tujuan hidup ni adalah mencari ilmu selain dari kita memperhambakan diri kepada Yang Esa.Apabila kita alpa dan lalai dari sesuatu..syukurlah jika ada sesuatu yang menyedarkan kita. Sungguh,KESEDARAN itu sangat penting.

Jom pakat ramai-ramai kita sedar kan diri masing-masing.

1. Yah! aku perlu sedar aku kena belajar dari sekarang.
2. Ha.. aku tak cukup lagi belajar ni, aku kena belajar.
3. Allah, ada lagi aku tak tahu rupanya. Cari! Cari!


*moga dengan kesedaran ini kita peroleh manfaat.
*doakan aku terus kuat semangat untuk mencari ilmu,sahabat semua.









Thursday, August 2, 2012

Rohaatul baal (ketenteraman jiwa)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Salam 13 Ramadhan (^^)\/
Salam fasa keampunan


Barangsiapa yang tidak tenteram dengan Allah nescaya dia tidak akan pernah tenteram dengan sesuatu yang lain!



A186
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.


Allah S.W.T adalah tumpuan ketenteraman orang-orang mu'min tempat mengadu bagi orang yang ta'at,kekasih seorang hamba yang abid. Barangsiapa yang tenteram dengan-NYA nescaya dia merasa senang dalam kehidupan,senang dengan keberadaannya,menikmati kelazatan hidup,kalbunya tenang, hatinya tenang,dadanya akan aman,terukir kecintaan kepada Allah di dalam hatinya.Asmaul Husna, lekt dalam ingatannya. 

Akhirnya,membangkitkan ketengannya dengan Tuhan Yang Maha Menciptakan,dan mencintai Allah Yang Maha Agung dan mendekatkan diri dengan Tuhan Yang Maha Mengetahui.

Perasaan dekat dengan Allah dai seorang hamba,menyebabkan dia merasa tenteram,senang dan gembira dengan penjagaan Allah terhadapnya.

Rasa tenteram dengan Allah :
1. tidak datang tanpa sebab
2. tidak diperoleh tanpa usaha

Akan tetapi merupakan buah dari ketaatan,dan hasil dari kecintaan. Barangsiapa yang taat kepada Allah,melaksanakan perintahnya,menjauhi larangannya, dan jujur dalam kecintaan kepadanya, ia akan merasakan kedekatan kepada Allah, dan senang bermunajat kepadaNYA.






nasuha ^^\/

Monday, July 30, 2012

Mafaatih Kejayaan

Bismillah,
Assalamualaikum w.b.t
Salam Ukhwah dan Salam Ramadhan fasa keampunan !

Alhamdulillah,
Syukur kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerna kita masih diberi nikmat Islam dan Iman.
Syukur kita masih diberi pinjam 5 deria ini.
Syukur kita masih bisa mengucap dua kalimah Syahadah.
Syukur kita ucapkan kita stil lagi boleh berfikir.
Syukur kita mampu memperbaiki lagi taraf keibadatan pada Allah.
Syukur kita diberi peluang untuk berpuasa dalam bulan Ramadhan 1433H.
Alhamdulillah.............. !!




Dalam menjalani sebuah kehidupan yang pelbagai onak duri ranjaunya..
Apakah yang berada di hadapan kita kelak?
Di bawah atau di ataskah? Ditengah-tengah atau mengikuti acuan keduniaan..
Fikirlah!!
Asalnya,manusia hanya lah merancang dan pastinya Allah itu yang menentukan.
Jangan hairan jika hari ni kita dapat bergelak ketawa dengan kawan².. esoknya pula kita dikapankan dan masuk ke dalam liang lahad.
Jangan pelik jika hari ini kita bisa berjalan kesana kemari membuang masa..esoknya kita duduk terlantar di rumah sakit dengan kaki yang kudung..

Tazkirah pendek buat aku dan semua.
Mohon lah keampunan kerna kita masih punya masa. Insya Allah.


Hari ni nak post satu kunci.Eh, bukan satu.. tapi banyak kunci.
KUNCI-KUNCI. Bukan kunci rumah,kereta,locker,bilik

Tapi Insya Allah kunci² yang akan membawa kita ke arah yang lebih baik dan sekali gus mendapat Redha dariNYA.

(1) Kunci kemuliaan adalah taat pada Allah dan Rasulnya.
(2) Kunci rezeki adalah berusaha dan beristighfar serta bertaqwa.
(3) Kunci syurga adalah mentauhidkan Allah.
(4) Kunci keimanan adalah berfikir pada kekuasaan dan makhluk Allah.
(5) Kunci kebaikan adalah kejujuran.
(6) Kunci hidupnya hati adalah mentaddaburi Al-Quran,beribadah pada waktu sahur dan meninggalkan 
     dosa-dosa.
(7) Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar dengan baik.
(8) Kunci pertolongan dan kesuksesan adalah kesabaran.
(9) Kunci kemenangan adalah dengan bertaqwa.
(10) Kunci bertambangnya rezeki adalah bersyukur.
(11) Kunci agar lebih mementingkan kehidupan akhirat adalah zuhud didunia.
(12) Kunci agar diperkenankan permohonan adalah dengan berdoa.



Jom, pakat ramai² kita try cari kunci-kunci ini...
Semoga dengan adanya kunci-kunci ini kehidupan kita bertambah baik ! 
Sesiapa yang dah tahu pasal kunci-kunci ini, jangan malu dan kedekut untuk berkongsi yah?
Ni perkongsian bersama.
Apa yang saya tahu, saya kongsikan.. dan sebenarnya ia adalah daripada Allah.

Mohon pembaca blog doakan agar saya dipermudahkan dalam setiap jalan jihad dan dakwah kecil saya ini.Dan segala kebaikan kalian,ampun maaf tidak terbalas rasanya .. moga Allah limpahkan pada kalian yang lebih baik. Aamiin.



SEMOGA BERMANFAAT!

nasuha
Si Pengislah Diri,
Hamba Abadi di bumi Allah.




wassalam.






Saturday, July 28, 2012

Tahrir !! aku datang ...(2)

Assalamualaikum w.b.t
Salam ramadhan yang ke-9 (^^)\/

Hutang yang tertunggak huhu..
I nak post kan pic2 yg kat tahrir tu..

enjoy....

(1) sebelum gerak ke Tahrir.
      naik metro!












  
(2) sesak² kat medan Tahrir.. sesak sangat²












(3) semangatnya aku kat situ,lagi hebat semangat
      syabab² MISR ni, x bole nak kata apa da.
     happy tgok dorang











(4) kecik2 macam ni pun pegi Tahrir..
     budak ni pegang bendera Palestin, kalau ada
     bendera Malaysia nak jugak pegang.











(5) gadis-gadis MESIR yang sudi bergambar.
     baik2 belaka ni. Comel2 pulak tu.











(6) sempat jugak ambik gambar time orang ramai
      tengah sesak2 tu sebok nyanyi lagu2 patriotik.
     











(7) Alhamdulillah, Dr Muhamad Mursy jadi perdana
      menteri Mesir.Lagi beberapa tahun, Insya Allah
      cantiklah Mesir ni.











(8) itu dia, bendera Mesir yang berkibar di udara~













(9) Cari! cari! Mana Dr Muhamad Mursy..




















Insya Allah, doakan yg terbaik buat negara Mesir.
luv Deen, luv Misr&Malaysia.

Friday, July 27, 2012

Ramadhan kali ni lain..

بسم الله الر حمن الر حيم
Assalamualaikum
Salam Ramadhan,Salam Ibadah

Telah sampai waktunya aku jadikan Ramadhan kali ini bulan untuk aku denganNYA. Tumpukan perhatian pada kesempatan ini.Ingat mudah kah untuk kita nak dapat kesempatan ni? Tau tak kesempatan apa? Kesempatan untuk melipat gandakan lagi amalan.Ibadat yang berkali kali kali  kali ganda pahalanya. 
Syukur الحمد لله ke hadrat Ilahi. Lagi bersyukur diberi peluang untuk aku berpuasa di bumi MESIR. Tak pernah tersenarai dalam 1001 angan-angan aku merasai puasa di negara orang.
Masa hantar kawan-kawan ke airport, muka slumber de' jak.. dalam hati sebenarnya,memberontak. Kalau boleh nak hentak-hentak kaki macam budak² kecik tuh! Nak balik jugak.




" nak balik! nak balik jugak! tak kira! tak kira! pedulilah! "
" Mak kata tak payah! tak payah la! kenapa degil sangat ni? "
" dorang boleh balik kenapa kaka tak boleh balik pulak?  "
" walau tambang flight tu 1 sen pun mak kata jangan balik,jangan lah balik! "

NAH! 
tinggal lah aku disini dengan kawan yang tak balik² jugak.
Nak 5 kali juga aku hantar kawan2 balik Malaysia nih. Tabah! Muka bajet STRONG!
Nasib baik boleh  berlakon sikit². Kalau tidak lama dah banjir kat airport MESIR ni.



sudah-sudah la tu. memang kau tidak boleh balik bah! duduk seja sini. 
aduhai! itu pon susah ka? siapa suruh nak study jauh2 dari mak bapa! 
mengada2 nak balik.. stay here! 

** itulah kata² yang aku try cakap kat diri sendiri! memang dah redha da ni. **





______________ itu dulu _______________________

(sekarang??)


1. Jalan kesana kemari dengan riang gembira.
2. Makan semua cukup saja! Alhamdulillah.
3. Tido pun, boleh sampai tido mati.
4. Baca buku, tak da lah home sick sangat! 
** nak kata, ok ja la. tak da lah sedih sgt! **

macam tu lah! (^^)\/

Ramadhan kat MESIR serius lain.
1 Ramadhan lagi orang dah sibuk gantung itu ini. Macam pesta besar-besaran. Lampu kelip kelip segala bagai lah! Semangat ! macam semangat nak raya kat Malaysia tu.. macam tu la semangatnya.
So, semangat nak beribadat tu berombak-ombak. kalah OMBAK RINDU! hmm..Kat Malaysia tak da ni.

Masjid kat sini hatta surau yang kecik² tu... dari jauh lagi bercahaya.Sebelum masuk waktu solat... ada orang baca Quran.Merdu..

Ada jugak, di tengah2 sesaknya jalan raya tu. Nak dekat waktu buka puasa. Risau tak ada apa dalam kereta nak buka puasa. Hmm,risau nih. Alhamdulillah, ada orang bagi air. Orang jalan-jalan tanya ada air ka tidak. Kalau tak ada... dia bagi la. Asal ada bikin buka puasa. Tapi  yang ini aku dengar dari orang lah. Senior cerita kat aku. Aku tak pernah lagi dapat pengalaman macam ni. Tak ada ni kat Malaysia.

Solat terawih?
Best. 8 rokaat jak. selang 4 rokaat rehat agak dalam 5  minit la. Imam baca QURAN. Lepas tu sambung balik. Tapi tadi ( hari Jumaat) time aku solat,tiba2  tak da rehat 5 minit baca QURAN tu,rupanya sambung solat,sampai rokaat yang ke-8 pun sama jugak. Oh, hari ni solat terawih sampai 20 rokaat. Maybe sebab hari Jumaat . Allahualam. Aku dengan housemate pulang. Balik rumah sebab pegi masjid tadi berdua ja. Takut malam sangat takut nak balik. Kalau ramai2 maybe buat jugak sampai 20 tu. Insya Allah.

Ah,pokoknya memang lain lah. Rugiiiiiii tak rasa Ramadhan kat sini.
BEST sesangat! Baca Quran tu, macam tak boleh nak henti. Agak suara dah serak2 basah tu... terpaksalah diberhentikan.kalau tak? Nak cakap tak boleh. Rehat tido jap. Lepas tu baru sambung, kalau nak sambung.
ni lampu yang bergemerlapan di setiap rumah2.
kat Malaysia tak da ni. hehe


_____________________________________________________________________________




akhir kalam,
untuk Ramadhan kali ni ramadhan 1433H jom kita buat yang paling terbaik!
moga Allah terima ibadat kita .

p/s untuk keluarga tercinta :

En.Maruf dan isterinya Pn.Norlela = semoga kalian berada dalam lindungan dan penjagaan Allah setiap 
                                                        masa. Jangan  merindu anak-anak kalian sangat. inilah masanya untuk 
                                                        kalian berdating di bulan Ramadhan untuk beribadat sepenuhnya 
                                                        berdua. hik3. romantik sikit.
adik yang paling cool (Iqbal)         = baik2 kat u tu. Kali ni pandai2 la cari makann buat sahur 
                                                        dan buka puasa. Solat terawih tu jangan tinggal. Jadi bilal ka , ajk 
                                                        masjid ka.. heheh
adik yang sporting                        = i miss u oh! hehe doa2 banyak2 sikit untuk SPM this year.Puasa
                                                       penuh k? 


maaf andai terkasar bahasa,
salam mahabbah dari saya,
si pengislah diri.
wassalam.


Friday, July 20, 2012

pedih, untuk aku telan

Bismillah,
Assalamualaikum w.b.t







A214
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(Al-Baqarah 2:214)


Sungguh,
UJIAN itu manis. pecayalah !
Sebelum ujian itu menimpa aku, telah aku berusaha sebaik mungkin untuk  bersedia. Tapi ternyata, aku masih lemah dalam menjalani kehidupan yang sukar ini. Jelas aku sedar. Kalau tidak, kenapa ia jatuh berguguran?


Ya Allah,
Aku yang merasakan ujian itu. Walau ia sekecil itu namun pedihnya amat dalam sekali.
Sukarnya untuk aku bina semula semangat! Sukarnya untuk aku baikkan semula keadaan..
Kegembiraan aku, keaktifan aku, keriangan aku serta merta terhenti. 
Terhenti serta merta Ya Allah.. dan ia bertukar menjadi guguran air mata yang tiada penghujungNya.
1001 persoalan aku timbulkan! ahhh!
Ya Allah, adakah aku hambaMU yang sgt lemah. Lemah untuk menerima ujian kasih sayangMU?
Ya Allah, adakah aku yang tidak bersangka baik setiap kali ujian yang Engkau campakkan untukku?
Ya Allah, adakah aku hamba yang di awalnya lemah kelak di akhirnya menjadi seorang yang lebih matang dan bersyukur?

atau,
Aku hamba yang tidak REDHA akan qadha dan qadarMU?
Nauzubillah min zalik..
Astaghfirullah al-azim..
Maafkan aku Ya Allah.

Ya Allah kurniakanlah aku,
kesabaran yang tinggi untuk menhadap ujian-ujian yang akan mendatang. Semangat yang kental agar aku bisa tenang dan mneruskan semula kehidupan seperti orang lain.Keihklasan  menerima sesuatu yang akan  terjadi kerana Engkau sebaik-baik perancang.

Apakah hikmahnya ujianMU kali ini Ya Allah...







A027
Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka.
(Saad 38:27) 





Allah.. Allah.. Allah..moga aku terus kuat dalam menempuh ujian yang bakal tiba
kerna hidup ini adalah untuk menghadap ujian ..
dan bukanlah medan untuk bersenang-lenang.
Aamiin.




Friday, June 29, 2012

Tahrir !! aku datang ...

بسم الله الر حمن الر حيم

Hari ini tanggal 29 Jun 2012 merupakan salah satu tarikh yang aku senaraikan dalam tarikh² penting hidup aku.Tersenyum lebar !!!!!!
Tidak pernah terlintas dalam kotak fikiran aku untuk turun padang bersama puluhan juta rakyat mengkbarkan bendera dan bersorak
الله اكبر! الله اكبر ! الله اكبر !

Tidak aku sangka.. Inilah yang terjadi. Hari ini adalah satu pengalaman yang amat berharga kerana disinilah aku melihat dengan mata kepala aku sendiri suasana yang begitu bising,sesak,panas,dan kehausan!
Dasyat..! aku sedar aku tidak akan mampu berjalan selama 3 jam, tapi itulah hakikatnya.Sungguh terkejut. Maka aku membuat kesimpulan awal.. ini adalah rentetan daripada semangat yang di set kan dalam otak sejak aku mula berjalan kaki untuk ke sini.




seperti inilah kesesakannya !
maaf, nnti aku upload pic nya.. =)

Nak cerita kat sini, best jugak datang tahrir. Cipta pengalaman baru. Asalnya nak pegi sini masa keputusan rasmi PERDANA MENTERI MESIR, tapi dah ambik bas salah kan.. so tak dapatlah diteruskan perjalanan. Lagi² ramai yg tak bagi pegi sebenarnya.

Masa tengah berdiri di tengah² orang ramai ni.. panas kemain lagi! Serius badan melekit kot. Tapi x pe la.Semangkit kan, orang sabah cakap! Bila dah semangat, apa pun kita boleh redah kan? Kalau aku macam tu la. Mesti tertanya-tanya kan pegi tahrir tu buat apalah? menyusahkan diri ja. 
Eh, tak sebenarnya. Nak tgok Perdana Menteri M esir bagi ucapan la.. tapi agak kecewa.. Dr.Muhammad Mursy berucap dalam jam 5 petang. So, nak tak nak.. kena balik jugak. =(

Emmm, x pe... yang penting dah pegi tahrir.


untuk sahabiah aku yang balik Malaysia waktu ni...
------> jannah ,ain, anje, comot, soleha, kak yang, kak wani, kak mar, dina, bella  dan yuni..
            
msg 1 :  jangan jelos! hik3
msg 2 : syok, mmg terbaik lah! korang nnti balik sini smula boleh tgok vdeo kat mayah.. byk kot vdeo 
             dia ambik!

nnti akan aku upload gambar² yang sempat  d ambil tadi. k?