Sunday, December 18, 2011

Bagaimanakah... aku?

بسم اللة الرحمن الرحيم
السلام عليكم

COMEL BUDAK NI!!

Apa yang dilalui dalam tempoh 3 bulan tinggal di bumi mesir ni,banyak yang telah mengubah hidup dan tanggapan aku. Alhamdulillah,syukur pada ALLAHyang mengasihi setiap hambanya.Moga aku diantaranya.Hidup yang macam mana dan tanggapan apa yang telah berubah? Allah saja yang tahu..apa yang penting! itu adalah penghijarahan yang baik! insya allah! Walaupun sedikit,namun ia adalah satu titik permulaan. Yah,bermulalah!!!

Untuk Post kali ini, ingin aku kongsikan apa yang menjadikan aku lebih kuat dan bersemangat! walaupun hakikatnya ada je hari-hari yang...emm,tak ape lah!! hehe.Dipendekkan cerita, setiap hari aku ke kuliyyah,aku akan menaiki sebuah tremco(van),tambang murah saja 1جنيهة
bersamaan 50sen je.Setiap hari jugalah aku melihat pelbagai ragam orang-orang disini. Ada yang peramah,ada yang saaaaangatlah baik hati,ada yang ego (minta tolong buka pintu pon,x nak! kesian aku kena marah oleh amu tu pasal  lambat buka pintu) ada yang mendoakan kajayaan,ada yang garang..(emm,mungkin hati dia sebenarnye baik) macam-macam lah.Tapi ada satu masa tu, rasa macam bertuah je dapat melihat situasi ni.Sebab melihat situasi nilah aku menjadi yang lebih kuat dan lebih yakin!

Kisahnye...
Ada seorang lelaki yang berumur dalam 20 an kot...Mulanya dari jauh kelihatan sedang melambai-lambai kearah tremco yang sedang aku naiki.Kemudian  masuk lah dia dan memilih tempat duduk dihadapan aku...aku lihat,mulutnya terkumat kamit seperti berbisik sesuatu. Sampai satu saat, mulutnya berhenti dan mukanya berkerut.Kemudian, dia membuka beg sandangnya seperti ingin mengambil sesuatu.

ALLAH..
Betapa bagusnya pemuda ini,kata hatiku.AL-QURAN yang dipegangnya.Lalu aku terfikir...
alangkah bagusnya jikalau pemuda-pemudi tak kira perempuan atau lelaki..tua atau muda..sentiasa membawa mushaf Quran nur karim itu kemana sahaja.Membacanya  walau di mana sahaja.Lalu aku merenung jauh..memikirkan diriku ini...Terasa seperti hari2 yang aku lalui masih tidak cukup untuk aku gunakan kearah yang sebaiknya.Mungkin selepas ini aku bisa mencontohinya..

_______________________________________________

WHAT NEXT??

________________________________________________


oLEh kerana sekarang musim sejuk..
ramai je pelajar yang memakai baju sejuk.. macam² fashion..hehe semua cantik². Bila dah masuk musim sejuk ni,banyak sangat benda nak kena beli.. kesian pula kat mak..terpaksa bankin kan duit lebih sikit..x pe lah~
bila dah sejuk~sejuk sangat~ kalo boleh x nak gerak langsung bila dah berbungkuskan saratoga! Memang best! tidooooo jak! kalau boleh sampai bengkak mata..ish3!
oleh kerana komitmen dan semangat yang masih membara..semua itu dpt dibendung! Dengan kehadiran teman² disisi..ALHAMDULILLAH!
tapi, lama-kelamaan..
situasi semakin berubah dan semakin menjadi-jadi.. Ada saje kawan yang sakit..lepas sorang,sorang yang sakit..mungkin disebabkan cuaca yang mencabar! kesian kat kawan².Tak dapat nak datang ke kuliyyah..Alhamdulillah,aku masih sihat dan kuat!
Melihat keadaan ini,aku mula mencari ikhtiar untuk membantu teman² yang dilanda masalah kesihatan..dan aku mulai mencari sesuatu...dan kini aku ingin kongsikan pada semua...

******


Cara betul untuk kita mengamalkan madu lebah
1) meminum madu bersama-sama dengan segelas air yang suam-suam kuku.
2) Kemudian masukkan 2 sudu madu lebah dan kacau dengan sebati dan terus minum seperti biasa. Itulah cara yang paling elok dan baik.

----> madu lebah merupakan sebaik-baik ubat/penawar yang Allah anugerahkan kepada manusia.

info lagi!!!

---> Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
---> Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka
---> Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus
---> Madu lebah boleh dijadikan sebagai sumber tenaga

 


  

Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud; 

       "Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"

*******
semogadapat diamalkan dalam hidup seharian kita!!

________________________________________________________________

the end













                                      



No comments:

Post a Comment