Tuesday, September 11, 2012

Sedarlah!

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah lama tak update blog.
Rasa kekok pulak nak taip ^^
Semalam baru bayar broadband,internet pon laju.Baru best nak update blog!

Dulu waktu kecik-kecik dulu,aku suka berangan dan bermimpi.
Sebelum tidur mesti berangan dulu,nak jumpa PRINCE FROG la, nak jadi macam THUMBELINA la, nak ada sebuah rumah yang dipenuhi dengan kek dan manisan,nak jadi CINDERELLA la,nak jadi kawan PHINOCIO la,nak peluk WINNIE THE POOH,nak jadi itu nak jadi ini. Ahh, semua pasal CARTOON NETWORK la ni. dah puas berangan.... baca doa,tidur(dalam hati harap-harap mimpi).

Alhamdulillah,
perangai tu tak sampai sekarang.Kalau tak,memang tak kemana la.
Itu angan dan mimpi yang melucukan diwaktu kecik.Sekarang aku rasa berangan tu kena tukar kepada berazam.Azam yang membina.

SERIUS,
dulu boleh la nak main ja.Sekarang jangan la nak main sangat.Main boleh jangan terlebih sudahla.
Sesedar aku la... hidup ini sangat singkat.Allah Allah Allah
Aku rasa macam tak cukup ja waktu untuk aku cari dan aku gali ilmu dalam-dalam. Kena ingat ilmu itu luas.Ilmu pengetahuan,ilmu kehidupan dan sebagainya. 



Sayyidina Ali Karramallah wajhah berkata:
 مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَهُمَا مَعاً فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ
Bermaksud:
“Sesiapa yang mahukan dunia maka dia perlu berilmu, Sesiapa yang mahukan akhirat, maka dia juga perlu berilmu, dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya maka dia perlu mencari ilmu”.

Jadi aku rasa tujuan hidup ni adalah mencari ilmu selain dari kita memperhambakan diri kepada Yang Esa.Apabila kita alpa dan lalai dari sesuatu..syukurlah jika ada sesuatu yang menyedarkan kita. Sungguh,KESEDARAN itu sangat penting.

Jom pakat ramai-ramai kita sedar kan diri masing-masing.

1. Yah! aku perlu sedar aku kena belajar dari sekarang.
2. Ha.. aku tak cukup lagi belajar ni, aku kena belajar.
3. Allah, ada lagi aku tak tahu rupanya. Cari! Cari!


*moga dengan kesedaran ini kita peroleh manfaat.
*doakan aku terus kuat semangat untuk mencari ilmu,sahabat semua.









No comments:

Post a Comment