بسم الله الر حمن الر حيم
Assalamualaikum
Salam Ramadhan,Salam Ibadah
Telah sampai waktunya aku jadikan Ramadhan kali ini bulan untuk aku denganNYA. Tumpukan perhatian pada kesempatan ini.Ingat mudah kah untuk kita nak dapat kesempatan ni? Tau tak kesempatan apa? Kesempatan untuk melipat gandakan lagi amalan.Ibadat yang berkali kali kali kali ganda pahalanya.
Syukur الحمد لله ke hadrat Ilahi. Lagi bersyukur diberi peluang untuk aku berpuasa di bumi MESIR. Tak pernah tersenarai dalam 1001 angan-angan aku merasai puasa di negara orang.
Masa hantar kawan-kawan ke airport, muka slumber de' jak.. dalam hati sebenarnya,memberontak. Kalau boleh nak hentak-hentak kaki macam budak² kecik tuh! Nak balik jugak.
" nak balik! nak balik jugak! tak kira! tak kira! pedulilah! "
" Mak kata tak payah! tak payah la! kenapa degil sangat ni? "
" dorang boleh balik kenapa kaka tak boleh balik pulak? "
" walau tambang flight tu 1 sen pun mak kata jangan balik,jangan lah balik! "
NAH!
tinggal lah aku disini dengan kawan yang tak balik² jugak.
Nak 5 kali juga aku hantar kawan2 balik Malaysia nih. Tabah! Muka bajet STRONG!
Nasib baik boleh berlakon sikit². Kalau tidak lama dah banjir kat airport MESIR ni.
sudah-sudah la tu. memang kau tidak boleh balik bah! duduk seja sini.
aduhai! itu pon susah ka? siapa suruh nak study jauh2 dari mak bapa!
mengada2 nak balik.. stay here!
** itulah kata² yang aku try cakap kat diri sendiri! memang dah redha da ni. **
______________ itu dulu _______________________
(sekarang??)
1. Jalan kesana kemari dengan riang gembira.
2. Makan semua cukup saja! Alhamdulillah.
3. Tido pun, boleh sampai tido mati.
4. Baca buku, tak da lah home sick sangat!
** nak kata, ok ja la. tak da lah sedih sgt! **
macam tu lah! (^^)\/
Ramadhan kat MESIR serius lain.
1 Ramadhan lagi orang dah sibuk gantung itu ini. Macam pesta besar-besaran. Lampu kelip kelip segala bagai lah! Semangat ! macam semangat nak raya kat Malaysia tu.. macam tu la semangatnya.
So, semangat nak beribadat tu berombak-ombak. kalah OMBAK RINDU! hmm..Kat Malaysia tak da ni.
Masjid kat sini hatta surau yang kecik² tu... dari jauh lagi bercahaya.Sebelum masuk waktu solat... ada orang baca Quran.Merdu..
Ada jugak, di tengah2 sesaknya jalan raya tu. Nak dekat waktu buka puasa. Risau tak ada apa dalam kereta nak buka puasa. Hmm,risau nih. Alhamdulillah, ada orang bagi air. Orang jalan-jalan tanya ada air ka tidak. Kalau tak ada... dia bagi la. Asal ada bikin buka puasa. Tapi yang ini aku dengar dari orang lah. Senior cerita kat aku. Aku tak pernah lagi dapat pengalaman macam ni. Tak ada ni kat Malaysia.
Solat terawih?
Best. 8 rokaat jak. selang 4 rokaat rehat agak dalam 5 minit la. Imam baca QURAN. Lepas tu sambung balik. Tapi tadi ( hari Jumaat) time aku solat,tiba2 tak da rehat 5 minit baca QURAN tu,rupanya sambung solat,sampai rokaat yang ke-8 pun sama jugak. Oh, hari ni solat terawih sampai 20 rokaat. Maybe sebab hari Jumaat . Allahualam. Aku dengan housemate pulang. Balik rumah sebab pegi masjid tadi berdua ja. Takut malam sangat takut nak balik. Kalau ramai2 maybe buat jugak sampai 20 tu. Insya Allah.
Ah,pokoknya memang lain lah. Rugiiiiiii tak rasa Ramadhan kat sini.
BEST sesangat! Baca Quran tu, macam tak boleh nak henti. Agak suara dah serak2 basah tu... terpaksalah diberhentikan.kalau tak? Nak cakap tak boleh. Rehat tido jap. Lepas tu baru sambung, kalau nak sambung.
 |
ni lampu yang bergemerlapan di setiap rumah2. kat Malaysia tak da ni. hehe
_____________________________________________________________________________ |
akhir kalam,
untuk Ramadhan kali ni ramadhan 1433H jom kita buat yang paling terbaik!
moga Allah terima ibadat kita .
p/s untuk keluarga tercinta :
En.Maruf dan isterinya Pn.Norlela = semoga kalian berada dalam lindungan dan penjagaan Allah setiap
masa. Jangan merindu anak-anak kalian sangat. inilah masanya untuk
kalian berdating di bulan Ramadhan untuk beribadat sepenuhnya
berdua. hik3. romantik sikit.
adik yang paling cool (Iqbal) = baik2 kat u tu. Kali ni pandai2 la cari makann buat sahur
dan buka puasa. Solat terawih tu jangan tinggal. Jadi bilal ka , ajk
masjid ka.. heheh
adik yang sporting = i miss u oh! hehe doa2 banyak2 sikit untuk SPM this year.Puasa
penuh k?
maaf andai terkasar bahasa,
salam mahabbah dari saya,
si pengislah diri.
wassalam.