Allahu Ya Rabbi

Monday, March 5, 2012

Siapa kamu?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum w.b.t  =)
Lega rasanya bila dah update blog ni. Sebelum ni,bila ada masa free nak on9 macam gatal sangat nak update blog.TAPI sedihnya,bila dah login blog..tak tahu pulak nak kongsikan apa. Boleh je kongsikan banyak perkara,tapi since dah berkongsi..biarlah berkongsi perkara-perkara yang baik.Benda baik,insyaAllah diberkati Allah.


-------------------------------------------------------------------------------------














Siapa kita? <-------- rasanya,ramai yang dah bosan dan naik menyampah dengan soalan mcm ni.Mereka² tu akan kata: ape punye soalan lah ko tanye.budak kecik pun boleh tahu ar.. ataupun yang biasa macam ni : mestilah tahu,manusia la.. tak pun,macam ni : lu pikiaq la sendri...!!




seriusly,adakah anda tahu yang sebenar-benarnya maksud "siapa kita"??
bila direnung secara halus-sehalusnya,diamati sedalam-dalamnya, difikirkan terus menerus..sampai satu tahap, STOP! 




ANDA adalah HAMBA.
ENGKAU adalah HAMBA.
DIA adalah HAMBA.
MEREKA adalah HAMBA.
AKU adalah HAMBA.
KITA adalah HAMBA!


-----------------------------------------------------------------------------------------




Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:40,


A040
Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).



---------------------------------------------------------------------------------------------



cuba kita flashback semula apa yang kita sudah lakukan sebagai 'hamba' ni. Timbulkan soalan di minda kita :

            Apa yang sudah aku lakukan? Solat aku? cukup tak 5 kali sehari semalam? Selalu tak aku baca kalam Allah?Aku makan,ada baca Basmalah tak? Aku buat baik selama ni sebenarnya nak dapat redha Allah atau nak kan pujian orang lain? Sedekah? Aku peroleh kejayaan,aku ada ucap syukur tak? 


Nah,bagaimana? Apa yang kita rasa sekarang? Syukur Alhamduillah,andai ada rasa sebak dan sedih bila kita bermuhasabah. Ya,manusia bukan sempurna tapi..manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah di muka bumi ini. Kita semua punya khilaf,tapi kita boleh bertaubat.Tapi ingat, jangan disalah ertikan apa itu taubat!! Semoga,dengan titisan air mata kita bermuhasabah sedemikian, Allah ampunkan dosa-dosa kita.Amiin ya Rab.


    Di manapun kita hendak lari di dunia ini...kita tak akan terlepas dari penglihatan Allah.Ingat, Allah itu maha melihat. KuasaNYA amat besar sekali. Larilah..! larilah kau sepuas-puasnya...sampai matipun kau takkan jumpa satu tempat yang kau boleh berselindung dari penglihatan dan pemerhatian Allah S.W.T.
Firman Allah lagi dalam surah Luqman:28,

 A028
(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.




Ingatlah kita semua, DUNIA ini Allah yang punya. Tak ada satu pun nikmat di dunia ini,hak milik kekal kita..ia hanyalah pinjaman semata-mata. Apa yang kita lihat sekarang ni,adalah nikmat kasih sayang Allah pada setiap hambaNYA. Kita sebagai hamba,sepatutnya gunakan ia dengan sebaik mungkin. =)


Pendek kata, jalan hidup ni kita yang pilih.
Dari mula memang kita yang pilih. Diri sendiri yang memilih.
Bagaimana hendak memilih jalan hidup yang diredhai Allah?
Dengan menyedarkan diri sendiri bahawa KITA ADALAH SEBAGAI HAMBA ALLAH.Bila sudah sedar...Insya Allah pasti kta akan menunaikan segala kewajipanNYA. Tak susah,apa yang diperintahkan...kita buat. Apa yang ditegah, kita abaikan...!




Dulu masa di sekolah,ustazah saya pernah mengingatkan saya. Hidup ni akan lebih indah bila setiap saat kita mengingatiNYA.Sebab apa? sebab,apapun kita buat..kita akan buat keranaNYA.Hidup kita akan ringan dengan kita rasa begitu.Terasa hidup lebih bermakna dan kita akan terhindar dari segala maksiat,mazmumah dan apa sahaja yang akan membawa diri kita ke lembah kedosaan.Dari saat itu saya try mempraktiskannya,Alamdulillah...ketika saya di uji dengan masaalah,saya boleh tersenyum~ kenapa boleh tersenyum? sebab kita yakin,Allah pasti akan membantu hambanya dan bersama kita.Kita sayang pada Allah,Allah lagi sayang pada kita.


------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam menjadi hamba yang baik,jadikan QURAN DAN SUNNAH ITU sebagai rujukan utama kita.

A002
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
(Al-Baqarah 2:2)

A142
Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus".
(Al-Baqarah 2:142)









No comments:

Post a Comment