Allahu Ya Rabbi

Monday, February 14, 2011

Kini, baruku tahu.....

Assalamualaikum..
Hari ni, betul2 aq tak tahu hari apa..
Honestly,rasa macam hari biasa jew!
But,bila ada org yang aq  sangat sayang(guruku) sms hari ni adalah tarikh velebtine day....huh!
So,try ar search kat internet..wassup..??
Heh,ni yang aq dapat!


VALENTINE’S Day atau ‘Hari Kekasih’  ialah hari di mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang. Budaya ini disambut setiap tahun pada 14 Februari.


Golongan remaja adalah golongan yang sering kali dikaitkan dengan soal percintaan. Cuma lumrahnya mereka mudah terikut-ikut serta taksub dengan pengaruh yang dibawa oleh orang-orang barat.


Alkisahnya....


Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.


Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.


Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).


Berdasarkan penerangan di atas, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi orang-orang Kristian.


Kita sebagai orang yang beragama Islam..memang patut dan wajib ingat...
dalam Islam ada 3 kategori kasih:


        (1) kasih Pencipta (Allah Subhanahu wataala) kepada hamba-Nya
        (2) kasih hamba kepada Pencipta
        (3) kasih makhluk sesama makhluk


Cukup jelas sudah di dalam Al-Quran :


“Dan (Dialah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di muka bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka.” (Surah Al-Anfaal: 63).


Ayuh!!!...celiklah wahai saudara seISLAMku...
mari kita BOIKOT VELENTINE DAY!!


KHASNYA buat kaum remaja..
tak payahlah anda meraikannnya..tak da maknanya semua tu..nak bercinta..?boleh..tapi bercintalah dulu kepada tuhan yang mncipatakan kita ni..
ok..??yang boleh mnerimanya..aq doakan semoga anda sntiasa dpermudahkan jalan..dan yang masih tak dapat nak terima kenyataan ini...semoga anda dberi hidayah olehNYA! 


sebelum tu baca lagi ni....
Bagaimana mengarah hala tuju percintaan..?
Rasulullah ada menyebutkan glongan yang akan mndapat lembayung Allah ialah:


Pemuda atau remaja yang sentiasa beribadat kepada Allah tidak kira pagi,    petang, siang atau malam; seorang laki-laki apabila diajak oleh perempuan yang cantik jelita dan kaya raya untuk melakukan maksiat, dia menolak kerana takutkan Allah.


*****hayati*****


p/s: bersyukur lah kita pada Allah kerana Dia telah meminjamkan kita hati dan perasaan...jagalah ia selagi Allah tidak mengambilnya lagi..lindungi hati kita pada sesuatu yang boleh mnjadikan diri kita seorang yang betul2 sayang pada diri sendiri..curahkan perasaan kasih sayang pada tempat dan waktu yang betul.Sesungguhnya kasih dan cinta yang paling hakiki tu hanya lah pada Allah taala...Ya Allah,kau pimpinlah hatiku ini Ya Allah.


Tanya pada diri: Keluarga anda sudah diberi kasih sayangnya..?



دارلينج اللهم
انا احب الله




No comments:

Post a Comment